iklan responsive
Solat merupakan ibadah yang penting, istimewa dan
unik. Solat dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung. Solat
juga merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir
ditinggalkan oleh manusia. Dari segi amalan ibadah solat dipenuhi dengan sebutan
takbir, tahmid dan zikir.
Solat adalah merupakan ibadah yang ringan yang mampu
dikerjakan oleh setiap orang. Ringan atau beratnya ibadah solat bergantung
kepada keimanan seseorang itu. Semakin beriman seseorang itu semakin mudahlah
ia dapat melakukannya. Dalam cuaca sejuk umpamanya, amatlah sukar seseorang itu
untuk bangun melakukan solat Subuh tetapi bagi mereka yang mempunyai keimanan
yang mantap, mereka tidak akan meneruskan tidur seandainya belum menyempurnakan
solat Subuh itu.
Ganjaran solat adalah amat besar sekali. Ibadah ini
dapat membantu menyelamatkan manusia daripada azab akhirat. Ibadah ini juga
dapat menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan
kebahagiaan. Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan bahawa solat
dapat membantu memakbulkan doa seseorang.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk
dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya
solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan
selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang
solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca
sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang
yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu
meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa
memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang
siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji
dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah
S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak
dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya
kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti
solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain
tebal yang buruk.”
Salah satu sifat kesempurnaan Allah SWT iaitu baik
dan suka kepada sesuatu yang sempurna. Allah SWT tidak menerima suatu
keyakinan, ucapan dan perbuatan kecuali yang sempurna dan baik. Ibadah solat
merangkumi kepercayaan, ucapan dan perbuatan.
Solat yang terbaik adalah keyakinan yang benar,
ucapan yang teratur dan perbuatan yang mencerminkan sikap dan perbuatan
Rasulullah SAW. Solat yang dikerjakan mengikut cara Rasulullah SAW. akan
memperoleh ketenangan, ketenteraman dan sekaligus dapat mendidik jiwa manusia
kearah yang benar dan baik. Di samping itu, sembahyang dapat juga melahirkan
sifat mahmudah dan menolak sifat mazmumah.
sumber nasihatustazz
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah. Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia-Sia"
Post a Comment