iklan responsive
Sejarah Penyakit Angin Ahmar/Stroke
Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian
badan (lumpuh), yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk
diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah s.w.t kepada
hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad s.a.w umat Islam dikurniakan Doa yang
sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut di samping
lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang
tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima
mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba
baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk
Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.
Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti
lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman
terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan
mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar
(Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia
diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh
meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga
hilang akal.
Nabi Sulaiman segera mengarahkan
panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu
menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera
menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad s.a.w dan zaman
kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin
Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril
dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda
bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar
kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah s.w.t telah
mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur
hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah
Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Rasulullah lalu
menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam
sekalian.
Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini
hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas
solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau
pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan
sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakini doa
ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin
Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat
penyakitnya.
Memadai kita amalkan sekali sepanjang hayat kita doa
atau ayat seperti yang tertera di bawah. Namun jika berkesempatan masa lebih
elok diamalkan selalu.
Doa lengkap Elak Angin Ahmar
(Untuk Ayat yang panjang, perlu dibaca sekurang2nya
sekali seumur hidup, Manakala untuk Ayat yang pendek, boleh diamalkan
membacanya selepas tiap kali solat) :
Doa Pendek Elak/Ubati Angin Ahmar (Strok)
Pada zaman Nabi Muhammad SAW cucu baginda iaitu
Saidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika
itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu bainda bahawa Hassan terkena penyakit
angin, lalu Baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ADA ..
lalu ghaib.
Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu
Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang
membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa tersebut,
lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saidina Hasan, boleh berdiri dan sihat
walaifiat.
Doa Panjang Elak/Ubati Angin Ahmar/Strok
Maksud doa:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari
Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan
melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku
takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya;
segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah
pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama
Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama
Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan
di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan
sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang
beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang
menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau
takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung
dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan
Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian
kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan,
kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku
ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang
sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang
memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan
kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala
langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan
dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin;
wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas
kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang,
wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada
sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak
memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan
kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit
yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan
kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki
sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha
Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai
Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan
yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan
Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta
pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan
yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan.
Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang
memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan
yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih
Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi
pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai
yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan,
wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang
berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke
atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang
memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi
perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami
sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai
Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu
orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan
orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang
dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan
yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong
lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik
memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil,
wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai
Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang
yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada
orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang
mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan
sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan
yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya
kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan
kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan
hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan
hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah
hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya
dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan
dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan
dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan
binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari
kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan,
dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh.
Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya
orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh
malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap
kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas
jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku
bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili,
sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya
upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang
mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah
yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap
selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan
sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan
Pemerintah Seluruh Alam.
Kaedah Rawatan :
Setelah disediakan bahan yang diperlukan maka
hendaklah dibaca :
1-Surah Al-Fatihah
2-Surah Al-Baqarah ayat 255 ( Ayatul Kursi )
3-Bacalah Doa Angin Ahmar
4- Surah Al-Talaq ayat 1-2
5- Surah Hud ayat 119
Kemudian tiuplah kepada air-air tersebut sehalus
jarum. Niatkanlah supaya menjadi penawar kepada si pesakit yang menghadapi
penyakit angin ahmar. Berbisiklah kepada air dan bahan-bahan tersebut akan niat
kita supaya menjadi ubat kepada pesakit juga dengan rahmat dari Allah swt.
Berilah minum kepada pesakit . Pintalah penderita
tersebut supaya membaca al-Fatihah ,ayatul kursi dan selawat sebelum meminum
air jampi tersebut. Solat hajat dan berdoalah semoga pesakit berpeluang sembuh
seumpama sedia kala supaya dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna.
Selain dari melakukan rawatan dengan mengambil
berkat teknik dan sunnah Rasullulah saw janganlah menyisihkan teknik dan cara
rawatan lain. Usahalah juga dengan aneka perubatan lain. Selepas itu
bertawakkallah kepada Allah. Moga-moga Allah memperkenankan hajat dan menilai
mujahadah serta kegigihan kita mendepani ujian-Nya.
Petikan :
Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus
Halaman 171-179
Ustad Sharhan
Petua Mengelak Stroke dan Angin Ahmar
(Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati)
Adapun, di dalam perubatan moden, Stroke dan angin
ahmar dilihat sebagai sama. Namun, di dalam Perubatan Islam, stroke dan Angin
Ahmar adalah dua hal yang seakan sama, tetapi berbeza. Ianya dilihat dari
faktor :
1) Asal Usul (Punca)
2) Simptom (Tanda)
3) Kaedah Rawatan
Di sini dikongsikan beberapa cara yang boleh
dilazimkan untuk mengelak sebagai langkah utama (First Aid) dan kaedah
rawatannya secara ringkas seperti berikut ;
1) Pastikan Tekanan Darah (Systolic dan Diastolic)
sentiasa stabil (120/80)
2) Pastikan tahap Kolestrol sentiasa rendah
terutamanya LDL dan Trigliserida.
3) Amalkan Meminum Cuka (cuka epal/kurma/madu) 3sudu ditambah Air masak (atau air
mineral) setengah gelas (150-200ml)
setiap malam sebelum tidur.
4) Amalkan menyapu Minyak zaitun ke tubuh,
sekurang-kurangnya ke belakang leher, sekerap mungkin (Bertujuan memberi haba
pada saluran sinus carotid yang menjadi punca kepada sumbatan darah sehingga
menyebabkan Stroke)
5) Amalkan mengambil kurma 3-5 biji sebagai awalan
sarapan.
6) Kurangkan pengambilan kafein terutamanya Nescafe.
7) Amalkan Habbatus
sawda (biji atau pati), setiap pagi sebelum sarapan.
8) Lazimkan diri dengan Riadah Memanah (Khusus untuk
Otak dan Jantung), Berkuda (Khusus untuk Tulang Belakang) dan Berenang (Khusus
untuk sistem kardiovaskular).
9) Amalkan mandi songsang (Siraman bermula dari kaki
ke arah kepala perlahan-lahan) setiap kali mandi pagi dengan air sejuk bukan
air panas.
10) Elakkan pengambilan herba atau pemakanan
tambahan dengan ambilan dos yang tidak terkawal. Perkara ini akan merosakkan
hati jika ianya berlarutan.
Dan banyak lagi perkara lain dalam usaha mengelakkan
Stroke dan Angin Ahmar iaitu antara penyakit yang dibimbangi oleh kebanyakan
mereka yang berumur 40an.
Semoga bermanfaat. Sila Like & Share!
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Doa dan Petua Elak Terkena Angin Ahmar/Stroke"
Post a Comment