iklan responsive
Mesti Rasa Rimas Kan Tiba-tiba Kelopak Mata Kita
Asyik Bergerak-Gerak Mula Rasa Risau Dan Tidak Sedap Hati Apakah Makna Atau
Petanda Disebalik Kelopak Mata Kiri
Begerak-gerak??
Orang Tua-tua Kata
“kalau yang bergerak tu kelopak mata kanan, ada
saudara sebelah ayah yang meninggal , kalau sebelah kiri , ada saudara sebelah
mak pula yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang
atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau
kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan
didengar dan akan menangis”.
Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas –Nak tengok
/ akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik.
Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – Akan
mendapat berita gembira
Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang
yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan
menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Anggota Lain Yang Bergerak
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat
keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat
kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat
kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak
menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang
jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit
kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam
bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Banyak Versi Sebenarnya Tapi Kalau Perhatikan Lebih
Kurang Sama Apepun Terpulang Nak Percaya Atau Tidak Mungkin Orang Tua-tua
Bercakap Melalui Pengalaman Mereka Bak Kata Orang Lebih Dulu Makan Garam
Mungkin Jugak Kelopak Mata Begerak Disebabkan
Punca-Punca Yang Lain Seperti??
Mata Letih
Boleh Jadi kalau mata kita ni selalu berkedip,
maknanya mata kita ni Terlalu letih..
dan cuba pejamkan seketika dan buka semula. Ulang beberapa kali.. Untuk
merehatkan mata la.. Kadang-kadang Berlaku Apabila Terlalu Kerap mengadap
komputer
Kajian Sains
“Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini
ialah “myokymia”. Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat
pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian
kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress,
fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh
mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu
tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti
juga turut menyumbang kepada masalah ini”
ikalan saiz 250
iklan adnow
Terima kasih kerana menggunakan artikel saya (tanpa kredit) 🙄
ReplyDelete