iklan responsive
Tiada manusia yang dapat lari daripada ditimpa
sebarang masalah. Hinggakan sampai satu masa manusia pasti akan berasa begitu
lemah, letih, kecewa, dan tidak berdaya untuk menghadapi apa yang berlaku.
Sebagai orang Islam, percayalah bahawa tidak ada satu perkara pun yang tidak
dapat diselesaikan dengan bantuan Allah. Maka, berdoalah.
Doa adalah senjata orang mukmin. Doa dapat
memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi
kuat keyakinannya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
5 DOA PENENANG HATI YANG UNTUK MENGHILANGKAN STRES,
SEDIH, DAN GELISAH
Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari
Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan. Ianya pendek dan mudah dihafal.
DOA 1
اَللّٰهُمَّ
اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ
و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa
darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari
menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari
DOA 2
يَا
حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb
Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku
meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi
DOA 3
اللهُمَّ
لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta
taj’alul hazna iza syi’ta sahla)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan
apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah
apabila Engkau mengkehendakinya.”
– Sahih Ibnu Hibban
DOA 4
اَللَّهُمَّ
اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ
بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ
بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ
بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa
a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa
a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa
sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku
berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu
dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari
DOA 5
لا
إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz
zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)!
Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya
diri sendiri.
– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87
DOA 6
رَبِّ
اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا
قَوْلِي
(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul
uqdatam millisani. Yafqahu qauli)
Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku
dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka
faham ucapanku.
– Surah Taha Ayat 25-28
DOA 7
حَسْبُنَا
اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Hasbunallah wanikmal wakil)
Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami
– Surah Al-Imran Ayat 173
SEMOGA KITA LEBIH POSITIF MENGHADAPI UJIAN ALLAH
Adalah lumrah bagi manusia untuk berasa ‘down’ atau
kecewa terhadap apa jua yang ditakdirkan kepada diri mereka. Namun percayalah
itu semua merupakan ujian Allah yang mahu menguji hambaNya agar kembali mengadu
dan pasrah kepadaNya. Yang penting, sabar dan mintalah pertolongan Allah kerana
Dialah sahaja Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan
memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila
seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah
amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”. (Hadis
Riwayat Tirmizi)
Cara Solat Tahajjud Yang Mudah, Ringkas & Betul.
Dengan Doa!
Foto Kredit: cnn.com
Oleh itu, marilah kita mengamalkan 5 doa penenang
hati ini untuk meredakan perasaan sedih, marah, gelisah, stres, dan mengusir
semua perkara negatif dari fikiran kita. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di
bawah lindungan dan rahmat Allah.
kredit ; khalifah media
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "7 Doa Pendek Yang Dapat Menghilangkan Stres, Sedih, Dan Gelisah"
Post a Comment