iklan responsive
Adakah dibenarkan bersolat sambil mendukung bayi
sepertimana panduan gambar seorang lelaki mendukung bayi bersolat yang banyak
tersebar di media sosial?
PENJELASAN:
Kaedah solat sambil mendukung bayi adalah
berdasarkan hadis Rasulullah saw: Abu Qatadah al-Ansari radhiyallahu ‘anhu
berkata:
Maksudnya:
“Pada suatu hari aku melihat Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam menjadi imam kepada orang ramai sambil mendukung Umamah binti
Abu al-‘Ash di atas bahu beliau. Umamah ialah cucu beliau, anak kepada Zainab.
Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun
dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).” Hadis sahih
diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis seumpama ini juga dilaporkan oleh Imam al-Bukhari
dan al-Nasa’i.
Imam al-Nawawi menjelaskan, “Hadis ini menjadi hujah
kepada mazhab Syafi’i dan mazhab lain yang sependapat dengannya bahawa
dibenarkan mendukung bayi lelaki atau perempuan, dengan syarat yang didukung
itu suci daripada najis, sama ada ketika bersembahyang fardhu atau sunat. Sama
ada untuk imam, makmum, atau sembahyang bersendirian.” (Syarh sahih muslim,
jil. 5, hlm. 32)
Untuk menjaga kesempurnaan solat sebegini, beberapa
syarat-syarat perlu dipatuhi. Antaranya ialah dengan tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:
1) Mempastikan bahawa anak itu bersih dari najis.
2) Mengawal pergerakan kita semasa solat. Jangan
banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu’) ketika menyempurnakan solat.
3)Jangan menggerakkan anggota badan besar tiga kali
berturut-turut.
4) Hendaklah mempastikan bahawa dada kita sentiasa
mengadap kiblat.
Walaubagaimanapun, setiap umat Islam berkewajipan
untuk berusaha menunaikan solat dengan cara yang paling baik dan paling
sempurna. Bersolat sambil mendukung bayi hanya boleh dilakukan ketika mana kita
berada dalam waktu atau keadaan yang terdesak sahaja.
Wallahua’lam.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Adakah dibenarkan bersolat sambil mendukung bayi sepertimana panduan gambar seorang wanita mendukung bayi bersolat yang banyak tersebar di media sosial?"
Post a Comment