iklan responsive
Ajarkan
anak-anak kita Surah Ini, Apabila ia dibaca sebanyak 40 kali, selama 40 hari,
maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus
dari pelbagai penjuru serta berkah pula.” Kongsikan Agar Ramai Tahu…
Surah
Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27
dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz
Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di
dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang
diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga
penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT
dan adanya hari berbangkit.
Al-Waqiah
Surah Kekayaan
Surah
Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri
dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.
Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam,
maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa
hadis ini sahih.
Rasulullah
SAW bersabda:
Man
qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa
(membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak
akan ditimpa kefakiran.”
3.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah
Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan
selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.
Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu.
Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam
maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah
Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada
anak-anakmu semua.”
Menurut
fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap
hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka
Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari
pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Khasiat
Surah Al-Waqiah
Di
dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
1.
Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan
selama-lamanya.
2.
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia
dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.
Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan
dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.
Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan
segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.
Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak
3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan
berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi
dermawan.
6.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
Hendaklah
berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
Selepas
tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai
pada malam Jumaat berikutnya.
Pada
malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak
25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
Diikuti
dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
Setelah
selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
Kemudian
amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali,
Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam
air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita.
Makna
Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta
yang sebaya dengan umurnya.”
8.
Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak,
Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi
orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan
kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah.
Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Petua
Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Menurut
As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah,
ia akan menjadi orang kaya.
1.
Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7
hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya
makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa
seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X.
Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat
pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak
pada Jumaat berikutnya.
3.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125
X, kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah,
dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis
Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong
dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal
jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah
surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan
berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang
banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah
SWT memperkenankan doa-doa kita.
SUMBER
: qarmanusantara via tazkirahustazkazim
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "DIDIKLAH ANAK-ANAK UNTUK MENGAMALKAN SURAH YANG MAMPU MEMBUATKAN REZEKI MENGALIR DERAS. BACALAH SELAMA 40 HARI DAN 40 KALI BERTURUT."
Post a Comment