iklan responsive
Pernigaan itu
memang menguntungkan, tetapi jangan kita sesekali leka dengannya. Perniagaan
itu ikhtiar,bahkan Rasululullah SAW menempatkan orang yang berniaga demi
memenuhi keperluan keluarganya dianggap sama dengan orang yang berjihad di
jalan Allah SWT. Sungguh luar biasa jika kita dapat memaknakan perniagaan
sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW dalam usia yang muda dikenali
sebagai al- Amin kerana memiliki kredibiliti tinggi. Oleh itu, unsur kejujuran
dan kepercayaan menjiwai praktik perdagannya.
Dalam usia yang sangat muda, Rasulullah SAW telah menjadi seorang
peniaga professional yang disegani di Tanah Arab. Apakah yang meledakan potensi
Nabi Muhammad SAW sebagai seorang peniaga? Persoalan itulah yang dihuraikan
secara praktis dan dalam bahasa yang mudah oleh penulis. Jawapannya adalah
kearifan perniagaan yang patut diteladani oleh sesiapa saha terutama kaum
Muslimin. Nabi Muhammad SAW the best spiritual business model. Tidak inginkah
kita berjaya seperti baginda di akhirat kelak?
Buku ini mutiara yang sangat berharga bagi kita yang
telah dimuatkan sebanyak 40 strategi perniagaan cara Rasulullah. Marilah kita
sama-sama menggerakkan kenderaan dan kemampuan berniaga dengan bahan bakar
kearifan yang sidah tersedia untuk kita manfaatkan. Dengan izin-Nya perniagaan
kita akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah SWT.
Rasulullah s.a.w. Berniaga
Nabi Muhammad
tidak mewarisi sedikit pun harta daripada bapanya Abdullah. Malah, semasa hidup
bersama Halimah di perkampungan Bani Saad, Nabi Muhammad sudah pun menggembala
kambing bersama anak Halimah untuk mencari rezeki meringankan tanggungan
keluarga Halimah yang ramai itu. Bahkan, apabila baginda kembali ke Mekah pun,
baginda masih lagi menggembala ternakan penduduk Mekah untuk mendapatkan sesuap
nasi.
Pada usia 8 tahun Abdul Muttalib meninggal dunia.
Setelah kematian datuknya, Nabi Muhammad s.a.w. tinggal bersama-sama bapa
saudaranya Abu Talib. Abu Talib sangat sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. melebihi
anaknya sendiri. Abu Talib sering menitiskan air mata mengenangkan nasib
Muhammad yang tidak berbapa dan tidak beribu.
Justeru, Abu Talib dengan penuh rasa kasihan belas
dan tanggungjawab sebagai sebagai bapa saudara, membawa Muhammad tinggal bersama
beliau. Abu Talib mengasuh Nabi Muhammad dengan sebaik-baik asuhan, budi
pekerti dan adab yang terpuji.
Abu Talib mempunyai anak seramai 12 orang. Namun,
kedatangan Muhammad ke dalam keluarganya tidak sedikit pun dirasakan
membebankannya walaupun kadang-kadang Abu Talib menghadapi kesukaran untuk
memenuhi keperluan keluarganya yang ramai itu.
Semenjak Abu Talib memelihara Nabi Muhammad s.a.w.,
rezeki Abu Talib dan keluarganya diberkati Allah s.w.t.. Abu Talib percaya
rezekinya murah dan bertambah kerana memelihara Nabi Muhammad s.a.w..
Menyedari nasib diri, Muhammad dengan rela hati
tinggal bersama keluarga bapa saudaranya itu. Anak-anak Abu Talib menerima
Muhammad seperti adik-beradik mereka sendiri.
Mereka melayan Muhammad dengan baik dan segala
kemudahan dikongsi dengan Muhammad. Muhammad amat gembira dengan kehidupan
barunya itu kerana sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa rindu kepada
suasana hidup berkeluarga.
Abu Talib seorang ahli perniagaan. Ketika Nabi
Muhammad s.a.w. berumur 12 tahun, Abu Talib dan kafilahnya berangkat ke Syam.
Dia lalu menyampaikan hajatnya itu kepada Abu Talib.
“Wahai pakcikku, alangkah bahagianya diriku jika
pakcik dapat membawa saya bersama pakcik berniaga ke Syam. Ingin sekali saya
melihat bagaimana pakcik berniaga”. Ujar Muhammad dengan wajahnya penuh
bercahaya kerana kegembiraan dan pengharapan.
Abu Talib pada mulanya keberatan kerana Muhammad
baru berusia 8 tahun, sedangkan perjalanan dagang itu amat jauh. Abu Talib
khuatir jika Muhammad tidak berdaya menanggung kepayahan perjalanan itu.
“Anakku, pakcik amat keberatan sekali untuk
membawamu bersama kerana dikau masih kecil. Kafilah dagang pakcik akan melewati
perjalanan yang jauh, merentasi padang pasir yang panas dan memeritkan. Sudah
pasti dikau akan keletihan dan tenagamu tidak akan mampu menanggung kepayahan
itu wahai anakku.” Namun, setelah beberapa kali diajukan permintaan itu, Abu
Talib pun menyetujui permintaan Muhammad.
Lalu Abu Talib membawa Muhammad bersamanya dengan
berkata: “Demi Allah, aku akan membawa Muhammad bersamaku, aku takkan berjauhan
daripadanya dan dia tidak akan berjauhan denganku selama-lamanya.” Begitulah
gambaran kasih sayang Abu Talib kepada Muhammad.
Abu Talib sendiri kagum dengan kesungguhan dan
keberanian si anak yatim Muhammad itu. Abu Talib percaya, kesusahan hidup tanpa
ayah dan ibu menjadikan Muhammad seorang anak yang berjiwa kental, sabar, tidak
meminta-minta, tahan ujian dan suka berdikari.
Kafilah dagangan terlah berhenti rehat di tempat
bernama Busra di negeri Syam. Di tempat itu tinggal seorang rahib bernama
Buhaira di satu tempat ibadat Nasrani. Buhaira antara paderi yang dihormati dan
dikenali dengan kealiman dan ketinggian ilmu agamanya. Dan adalah menjadi adat
penduduk kawasan tersbeut memuliakan tetamu yang berhenti rehat, lalu Buhaira
melayan kafilah Abu Talib sebagai tetamunya.
Buhaira telah mengadakan jamuan makan untuk
tetamunya itu. Buhaira mendapati ada bayang yang memayungi Muhammad. Bayang itu
mengikuti kemana sahaja Muhammad berjalan. Lalu Buhaira mendapat ilham bahawa
itu adalaha tanda kenabian. Lalu Buhaira menjemput kesemua ahli kafilah ke
majlis jamuannya.
Buhaira berkata: “Aku amat gembira jika kesemua kamu
hadir ke majlisku. Pada mulanya Muhammad tidak ikut serta kerana baginda masih
kanak-kanak. Menyedari ketiadaan Muhammad, Buhaira berkata: Wahai Quraisy:
Datanglah kesemua kamu ke majlisku ini, janganlah ada yang tidak hadir.”
Lalu mereka berkata: “Semua kami telah datang
kecuali seorang kanak-kanak. Dia terlalu muda untuk mengikut kami.”
Buhaira menyuruh mereka membawakan Muhammad ke
majlisnya, setelah Muhammad dibawa kepadanya, Buhaira telah mendudukkan
Muhammad di sebelahnya dan melayan Muhammad dengan baik. Buhaira telah
menanyakan Muhammad tentang banyak perkara, perkara khusus dan umum. Muhammad
menjawab pertanyaan Buhaira dengan tenang. Buhaira gembira dengan jawapan yang
diberikan Rasulullah. Maka benarlah dengan apa yang diketahuinya tentang
kenabian yang akan muncul dari keturunan Ismail bin Ibrahim, sebagaimana yang
terdapat pada belakang baginda dan cop kenabian akhir zaman pada belikat
baginda.
Buhaira bertanya: Siapakah anak ini kepada kamu?
Abu Talib menjawab: Dia anakku!
Buhaira: Dia bukan anakmu, dan tidak mungkin dia
mempunyai ayah.
Abu Talib: Dia ialah anak saudaraku!
Buhaira: Mana ayahnya?
Abu Talib: Ayahnya telah meninggal dunia dan ibunya
juga.
Buhaira berpesan: Bawalah anak saudaramu ini pulang
ke negerinya, dan hendaklah engkau mengawasinya daripada golongan Yahudi. Demi
Allah, jika golongan melihat Muhammad, mereka akan mengenalinya, Yahudi akn
berbuat jahat terhadap anak saudaramu itu kerana anak saudaramu itu seorang
utusan agung. Bersegeralah kamu membawanya pulang.”
Lalu Abu Talib pun segera membawa Muhammad pulang ke
Mekah. Berlalu nenerapa tahun sehinggalah Muhammad meningkat remaja. Sebagai
anak yatim piatu, baginda melakukan semua kerja yang boleh dilakukannya sendiri
tanpa terlalu mengharapkan ihsan Abu Talib.
Di usia mudanya, Nabi Muhammad s.a.w. telah
mengusahakan perniagaan sendiri serta berkongsi dengan seorang saudagar kecil
bernama As-Saa’ib bin Abi As-Saa’ib. As-Saaib seorang peniaga yang baik, jujur
dan amanah. Mauhmaad pernah berkata: “Rakan kongsi yang paling baik ialah
as-Saaib. Dia termasuk dikalangan mereka yang dijinakkan hati dan beliau lebih
baik setelah memeluk Islam.” Inilah pekerjaan nabi sehingga baginda berusia
lebih dua puluh tahun.
Pada usia
Muhammad 24 tahun, Abu Talib merasakan Muhammad sudah cukup dewasa untuk
berumahtangga. Namun kedudukan kewangan Abu Talib dan Muhammad tidak mencukupi
untuk Muhammad berkahwin. Abu Talib berusaha mencari peluang pekerjaan untuk
Muhammad.
Suatu hari, Abu Talib berkata kepada anak saudaranya
‘Atiqah, “Muhammad sudah pun berusia dua puluh empat tahun. Sewajarnya dia
sudah berumahtangga, akan tetapi dia tidak mempunyai perbelanjaan untuk itu.
Jadi, adalah baik jika kita mencarikan beliau suatu pekerjaan yang boleh dia
pergunakan untuk menampung hidupnya.”
Lalu dijawab oleh ‘Atiqah: “Khadijah puteri
Khuwailid termasuk orang kaya di kalangan Quraish. Kegiatan perdagangannya
sampai ke Mesir dan Ethiopia. Dia sedang mencari orang yang jujur untuk
menguruskan perdagangannya dan membawa barang dagangannya dalam kafilah Quraish
untuk dijual di Syria. Dia pula seorang yang bermurah hati dengan
pekerja-pekerjanya. Alangkah bagusnya jika Muhammad memohon pekerjaan
kepadanya.”
Cadangan ‘Atiqah itu dipersetujui oleh Abu
Talib. Keluhuran budi dan kemuliaan rohani
nabi mencegahnya untuk memohon secara langsung tanpa perkenalan terlebih dahulu
dan tanpa tawaran dari Khadijah sendiri.
Maka baginda menjawab, “Tidak salahnya apabila
Khadijah mengirim orang menghubungi saya.” Nabi berkata demikian kerana tahu
bahawa dirinya cukup dikenali masyarakat sebagai ‘orang jujur’ ( Al-Amin).
Sifat amanah, sentiasa benar, sentiasa benar dan
bijaksana yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. itu menarik hati seorang ahli
perniagaan bernama Khadijah Binti Khuwailid.
Khadijah ingin benar
barang dagangan miliknya diniagakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Pada masa
itu, orang Arab Mekah berniaga ke Syam pada musim sejuk dan ke Yaman pada musim
panas.
Ketika Khadijah mendengarkan nama “Muhamamad”,
hatinya berbunga keriangan. Khadijah berfikir dalam hatinya: “Oh… inilah takbir
mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal, bahawa ia dari
suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang
terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman.” Seketika itu juga
timbullah hasrat di dalam hatinya untuk bersuamikan Muhammad, tetapi tidak
dilahirkannya kerana khuatir akan menimbulkan fitnah.
“Baiklah,” ujar Khadijah kepada ‘Atiqah, “Saya
terima Muhammad dan saya berterima kasih atas kesediaannya. Semoga Allah SWT
melimpahkan berkatnya atas kita bersama.”. Wajah Khadijah cerah, tersenyum
sopan, menyembunyikan apa yang tersudut di kalbunya.
Kemudian ia meneruskan: “Wahai ‘Atiqah, saya
tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan
bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya.”
‘Atiqah berterima kasih, ia pulang dengan perasaan
gembira menemui saudaranya, menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan
wanita hartawan dan budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira.
Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya
berkata: “Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya.
Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya.”
Muhammad SAW menuju ke rumah Khadijah. Semasa
baginda keluar dari pekarangan rumah bapa saudaranya, tiba-tibalah ia
mencucurkan air mata kesedihan mengenang nasibnya. Tiada yang menyaksikannya
dan menyertainya dalam kesedihan hati itu selain para malaikat langit dan bumi.
Satu kafilah Quraish termasuk barang dagangan
Khadijah bersedia untuk bertolak. Khadijah menyerahkan seekor unta yang cergas,
sejumlah barang yang mahal dan dua orang pembantu kepada Nabi Muhammad s.a.w.
sambil memerintahkan mereka mematuhi nabi dalam segala hal dan tidak boleh
membantah serta benar-benar tunduk kepadanya.
Dalam perjalanan yang jauh itu, orang-orang suruhan
Khadijah memerhatikan Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka mendapati Nabi Muhammad
s.a.w. yang muda belia itu terlalu baik perangainya, bersopan santun dan
berbudi bahasa. Belum pernah mereka bertemu orang muda sebegitu baik.
Mereka juga menyedari sekelompok awan hitam di
angkasa sentiasa bergerak ke mana sahaja Nabi Muhammad s.a.w. bergerak. Dia
sentiasa dalam teduhan awan hitam itu daripada panas matahari yang terik.mereka
yakin Muhammad Al-Amin itu bukan sebarangan orang.
Apabila sampai ke Syam, semua dagangan yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w. habis dijual.baginda membeli pula barangan untuk
didagangkan di Mekah. Orang-orang suruhan Khadijah juga menyaksikan cara Nabi Muhammad s.a.w. melayan
pembeli-pembelinya. Mereka dilayan dengan lemah lembut dan tutur kata yang
manis. Mereka juga menyaksikan timbang dan sukat yang dibuat oleh Nabi Muhammad
s.a.w. betul dan tepat. Orang-orang suruhan Khadijah itu amat gembira melihat
semua itu.
Kepulangan Nabi Muhammad s.a.w. yang berdagang ke
Syam itu membawa keuntungan besar. Belum pernah perniagaan Khadijah memperolehi
keuntungan seperti itu. rombongan Nabi Muhammad s.a.w. amat gembira dengan
kejayaan kali ini.
Kafilah kembali ke Mekah. Dalam perjalanan pulang
melewati negeri Thamud, nabi teringat akan saat-saat bersama bapa saudaranya
melintasi gurun pasir itu.
Ketika kafilah Quraish hampir tiba di Mekah, seorang
hamba iaitu Maisarah berkata kepada nabi, “Alangkah baiknya jika tuan memasuki
Mekah mendahului kami dan melaporkan kepada Khadijah tentang perdagangan dan
keuntungan besar yang kita perolehi tahun ini.”
Nabi Muhammad s.a.w.
pergi ke rumah Khadijah. Dari luar kawasan rmah, Khadijah nampak Nabi
Muhammad s.a.w. menunggang unta dan barang dagangannya yang dibawa oleh unta.
Apabila sampai ke rumah, Khadijah menyambut nabi dengan penuh hormat dan
kemuliaan.
Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan dari awal hingga
akhir tentang perjalanan dan perniagaannya di Syam itu kepada Khadijah. Wanita
itu amat tertarik hati mendengar cerita yang disampaikan dengan tutur kata yang
lemah lembut, petah dan bersemangat itu.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. hendak balik kerumahnya,
Khadijah telah membahagikan keuntungan perniagaan yang diusahakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
Sejak kecil lagi baginda sudah hidup dalam
kesederhanaan. Jadi, pemberian keuntungan yang diberi oleh Khadijah itu
diterimanya sekadar cukup belanja dan usahanya menjalankan perniagaan itu.
sebahagiannya dipulangkan kepada Khadijah.
Khadijah bertambah tertarik hati dengan kemuliaan
budi dan kejujuran Nabi Muhammad s.a.w.. Selama ini dia hanya mendengar dari
jauh segala kebaikan, kejujuran dan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w..
Sekarang jelaslah di hadapan matanya sendiri, bahawa
Muhammad Al-Amin itu memang mempunyai sifat-sifat yang mulia dan tinggi.
Setelah Nabi Muhammad s.a.w. pulang ke rumah bapa
saudaranya Abu Talib, orang-orang suruhan Khadijah yang mengikut nabi Muhammad
s.a.w. ke Syam telah menceritakan pengalaman mereka bersama-sama Nabi Muhammad
s.a.w. ketika perjalanan pergi dan balik itu.
Mereka menceritakan juga segala keajaiban yang
mereka saksikan, terutama tentang awan hitam di angkasa itu. Khadijah bertambah
tertarik hati apabila mendengar cerita itu.
http://suluhbudi.blogspot.my/2011/09/rasulullah-saw-berniaga.html
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Ingin berjaya dalam dunia perniagaan seperti Rasulullah SAW ? Ini 40 Strategi Perniagaan Rasulullah SAW"
Post a Comment