iklan responsive
ADAB DENGAN GURU
Ahmad : Kenapa anta belajar sikit tapi dapat result
gempak ?
Mahmud : Sebab ana jaga adab dalam belajar kerana di
situ terdapat keberkatan.
Ahmad : Keberkatan tu apa ?
Mahmud : Keberkatan tu 'ziadatul khair' (زيادة الخير),
'bertambah kebaikan'. Kita buat sikit tapi dapat banyak.
Ahmad : Bagaimana nak dapat keberkatan?
Mahmud : Antara benda yang sangat perlu dijaga
adalah adab kita dengan guru. Ana tengok ada yang bercakap-cakap ketika guru
sedang belajar, ada yang bergelak ketawa, buat bising, ada yang main telefon,
ada yang tidur, tak fokus pada guru ketika dia sedang mengajar. Bagi ana kalau
nak buat semua tu sebab dah terdesak sangat, jangan buat depan2 guru kerana itu
menunjukkan kita tak beradab dengan guru dan boleh menyebabkan guru kecil hati.
Tak datang kelas atas sebab yang tak munasabah pun
salah satu perkara yang menunjukkan kurangnya adab terhadap guru. Bagaimana
mungkin guru boleh datang ke kelas semata-mata untuk mengajar kita tapi kita
tak datang dengan alasan : "Alaa silibus dah habis, sekarang ni revision
je, baik aku study kat rumah". Nampak di situ, dia boleh buat tak layan
guru tu datang ke kelas untuk mengajar dia.
Kata Imam As-Syafie :
"Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh
Allah, maka hendaklah dia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul
dengan orang yang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak
beradab daripada kalangan mereka yang berilmu." (Kitab Majmuk, Syarah
Mazhab Jilid 1)
Ada seorang ulama ni, dia belajar banyak tapi ilmu
tu tak masuk2 tapi dia sangat jaga adab dia dengan gurunya. Satu ketika,
gurunya tiada dan gurunya menyuruh ulama ni menggantikan tempatnya. Ulama ni
pun risau, dia langsung tak tau apa-apa. Jadi dia pun bertawakkal dan tiba2 dia
dapat mengajar ilmu itu sepertimana yang gurunya ajarkan kepadanya.
Hilangnya keberkatan ilmu ataupun hilangnya kesan
ilmu adalah kerana tidak menjaga adab daripada ilmu. Ada orang boleh menghafal
semua kitab, boleh menghafal semua ilmu tetapi kemungkinan kesan daripada ilmu
tadi tiada dalam hidup dia ataupun ilmu tadi tak boleh nak datangkan
kemanfaatan pada dirinya, mungkin kerana hilangnya adab.
Ulama terdahulu mempelajari adab sebelum mempelajari
ilmu. Mereka menjaga adab walau sekecil-kecil adab.
Imam As-Syafie berkata :
"Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik
perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan
kertas tersebut)"
Kata Imam Az-Zarnuji :
"تعلّمت الأدب عشرين سنة وتعلّمت العلم عشرة سنة"
"Aku mempelajari adab menuntut ilmu selama 20
tahun dan mempelajari ilmu selama 10 tahun"
(Kitab Ta'limul Muta'allim)
Semoga bermanfaat untuk semua...
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "JOM KETAHUI APA ADAB KITA TERHADAP GURU SEWAKTU KITA HENDAK MENUNTUT ILMU"
Post a Comment