iklan responsive
Wirid dan zikir selepas solat mempunyai nas. Dan ia hendaklah dibaca sebagaimana diambil daripada Nabi SAW, melalui hadis-hadis yang sahih.
Begitu juga dengan berdoa selepas solat sama ada
secara umum atau khusus. Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:
يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ،
اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru
jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca
doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan
membaikkan dalam beribadat kepadamu.”
Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan
al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam
Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)
Berikut dikongsikan bacaan doa selepas solat fardu
beserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Doa adalah merupakan satu
ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T.
Terjemahan Dalam Bahasa Rumi:
Bismillah hir’rahma nirra’him.
Alhamdulillah hirob bil a’lamin.
Wassola tuwas sala mua’la saidina Muhammadinn
asrofin mursalin, wa’ala alihi wasob bihi ajma’in.
Allahumma ahyiina bil iiman, wa’amit naa bil iiman,
waad khilnal jannata ma al iiman.
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa,
warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo.
Allahummaah timlana bi’khusnil khotimah, wala tahtam
alaina bisuu i’ khotimah.
Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana,
wahab lana min ladun kharohmah, in’naka antal wahab.
Robbana a’tina fid’dun yaa hasanah, wafil a’
khirotil hasanah, waqinaa azab’bannar.
Wasollallah huala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi
wasobihi was’salam.
Walham dulillah hirob’bil a’lamiin.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas
keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan
iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama
iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa
kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah
kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih
kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang
baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang
tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau
pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah
kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan
di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat
baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Sumber: doaharian.mytoha.net
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Jom Ketahui Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas dan Mudah Dihafal-Doa Ringkas Dan Maksudnya( share semoga bermanfaat)"
Post a Comment