iklan responsive
Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan
di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan
mampu menitis air mata…
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di
suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang
terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia
merasa sedikit ketakutan dan berdebar…
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir
kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia
seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di
sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang
bercahaya itu…
Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan
perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan
ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu…
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim
ulamak atau orang soleh yang terkenal?…
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan
kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua,
yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan
bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat
diperkuburan suaminya…
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia
sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani
kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa
lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai
membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini
benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati…
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara
aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri
simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali
sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya
akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al
Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih
sayang…
Ia akan duduk dan membelek Al Qur’an itu sehelai
demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Dia akan
meraba-raba ayat-ayat Al Qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang
menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi,
ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih,
mendayu-dayu dengan penuh penyesalan…
Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu
membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.
Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak
mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat
memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.
Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku,
jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti…
Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya
tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Quran buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.
Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur’an kesayangan suaminya itu. Benar dan
sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh,
helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas
airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya
tatkala membuka lembaran yang maha suci ini…
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.
Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur’an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan
dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan
raganya. Marilah kita menghidupkan Al Qur’an di dalam masjid kita, di dalam
rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan
disesuaikan semula untuk bacaan semua.”
Subhanallah..Subhanallah..!!!
Sumber: cintarindurasul.blogspot.com
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "KISAH KUBUR BERCAHAYA WALAUPUN ARWAH TIDAK TAHU MEMBACA AL QURAN , BACA SELANJUTNYA KISAH INI DI SINI.."
Post a Comment