iklan responsive
Bacaan dalam rumi:
‘Alam Nashraḥ Laka Ṣadrak, Wa Wada‘nâ ‘Anka Wiz-Rak,
‘Allazii ‘Anqada Ẕahrak, Wa Rafa‘-Nâlakaẓikrak,
Fa-‘Inna Ma-‘Al-‘Usri Yusrâ, ‘Inna Ma-‘Al ‘Usri Yus-Râ Fa ‘Izâ Faraġta Fanṣab Wa ‘ilâ Rabbika Farġab
Terjemahan Surah Al-Insyirah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu
(wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah)
dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu
(menyiarkan Islam)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan
pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu
(dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada
sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan
amal soleh yang lain)
dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa
yang engkau gemar dan ingini)
Keterangan Surah al Insyirah
Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan
tenteram jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang
dianugerahkan Allah kepadanya.
Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah, iaitu namanya
mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad. Di mana-mana pun
di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad.
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang
kemudian, jika ditimpa musibah, ia teringat akan firman Allah ini, iaitu, “Di
samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah
bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berduka
cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu.
Kerana ia mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan
mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini mungkin esok
hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana ditimpa
satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya. Adapun orang
yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita
kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri.
Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.
Kelebihan Surah Al Insyirah
[:]1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa
membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil
kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
[:]2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah
Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan
urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
[:]3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah
nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala
kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu,
serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
[:]4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah
sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada
kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
[:]5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi
wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan
mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.
[:]6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah
Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang
membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
[:]7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7
(tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya
kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.
[:]8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40
(empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari
berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.
Kelebihan membaca surah al Insyirah ketika susah:
Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah
sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya,
iaitu:
[:]1. Sembahyang sunat dua rakaat.
[:]2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah
dan surah (mana-mana surah)
[:]3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat
dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah
Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.
[:]4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah,
pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.
a) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua
ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya
memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
b) Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah
Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada
tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di
hajati.
c) Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu
bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang
dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.
–Insya Allah, semoga perkongsian ilmu yang sedikit
di atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua.
Wallahualam
Sumber: darahatiku.blogspot.my
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Subhanallah!! Inilah 8 Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Insyirah Dalam Kehidupan Harian.Kongsikan.Semoga Bermanfaat,"
Post a Comment