iklan responsive
Tips Dan Petua Cara Meredakan Sakit Ulser Mulut YAng
Sangat Berkesan
Kami yakin anda semua pasti pernah mengalami ulser
mulut bukan? Tahukah anda petua dan tipscara meredakan sakit ulser mulut dengan
cepat dan berkesan? Apa itu ulser mulut? Ulser mulut ini pada asasnya ialah
luka yang terjadi di sekitar rongga mulut dan kelihatan seperti tompokan putih
dan mungkin juga ada sedikit darah kalau besar. Ulser mulut atau juga dikenali
sebagai mata ikan ini mendatangkan kesakitan apabila disentuh dan juga rasa
sakit ketika minum air kosong.
Ulser Mulut memang sering berlaku kepada seseorang
dan walaupun tidak berbahaya, tetapi agak mengganggu dan tidak selesa terutama
ketika kita bercakap, makan atau minum. Cubalah anda makan benda pedas ketika
kena Ulser mulut ini, mesti sakit kan? hehe. Apa punca dan sebab Ulser Mulut
berlaku kepada kita?
1.Kesilapan apabila memberus gigi, dan menyebabkan
luka dalam rongga mulut
2.Kecederaan di mulut akibat tergigit atau terkena
benda tajam seperti tulang
3.Cuaca panas dan kurang minum air
4.Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat
Besi dan asid folik
5.Kesan radioterapi dan juga kimioterapi
6.Alergik atau alahan
7.Stress
8.Jangkitan virus atau bakteria
9.Perubahan hormon dalam badan
Apa petua dan tips cara meredakan sakit ulser mulut?
Gunakan madu dan letakan di bahagian ulser tersebut.
Cara ini memang sangat berkesan dan merupakan petua meredakan ulser mulut yang
berkesan sejak dahulu lagi dan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Anda juga boleh berkumur dengan air garam, memang
berkesan tetapi tidak disarankan jika anda tidak tahan sakit.
Jangan sentuh bahagian yang ada ulser tersebut,
sebab nanti lambat sembuh
Elakan makan makanan yang pedas dan kari yang boleh
mendatangkan kesakitan di bahagian Ulser Mulut
Minum air kosong kadang-kadang mendatangkan
kesakitan, oleh itu, mungkin anda boleh minum air yang manis sebab ia tidak
merangsang kesakitan. Jangan minum air terlampau manis, sikit saja sudah cukup.
Kalau ulser mulut anda terlalu besar dan tidak
sembuh-sembuh dan kesakitannya juga tidak reda dalam masa 2, 3 minggu, silalah
berjumpa dengan doktor.
Jika anda ada ulser mulut, anda bolehlah cuba petua
cara meredakan sakit ulser mulut di atas. Biasanya ulser mulut ini akan sembuh
dengan sendiri dan tidak sakit lagi dalam masa 2,3 hari sahaja, tetapi
bergantung juga kepada bilangan dan juga saiz ulser mulut tersebut.
Kongsikan Artikel Ini!!
Sumber: resepihidup
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Tips Dan Petua Cara Meredakan Sakit Ulser Mulut YAng Sangat Berkesan"
Post a Comment