iklan responsive
Melihat Allah di hari akhirat adalah nikmat terbesar
buat seorang hamba. Allah Taala berfirman maksudnya, "..pada hari akhirat
itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; melihat kepada
Tuhan-Nya.." Al-Qiyamah: 22-23
Bertuahlah mereka yang mendapat peluang ini.
Bagaimanapun, berdasarkan beberapa hadis, kita dapat pula mengetahui golongan
yang dihalang daripada menatap wajah Allah.
1. Penderhaka Kepada Ibu Bapa
Sesiapa yang menderhaka tidak akan dipandang oleh
Allah pada hari akhirat kelak.
Sabda Rasulullah SAW, "Tiga golongan yang Allah
tidak memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak iaitu mereka yang
menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa, wanita yang berlagak lelaki dan golongan
orang daiyuth." HR Ahmad dan Nasai
2. Berjanji Demi Kepentingan Dunia
Orang yang suka berjanji palsu semata-mata untuk
mendapatkan habuan dunia.
3. Mereka Yang Memilih Pemimpin Kerana Kebendaan
Seseorang yang memilih pemimpin kerana mahukan
kebendaan, sedangkan dia tahu orang yang dipilih itu bukan pemimpin yang baik
dan amanah.
4. Orang Tua Yang Berzina
Walaupun tahu perbuatan itu keji tapi tetap
melakukannya tanpa rasa bersalah, sedangkan dalam usia begini dia sepatutnya
menjadi contoh kepada generasi muda.
Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga golongan yang Allah enggan bercakap
dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka,
Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa dan noda. Untuk mereka
disiapkan seksa yang sangat pedih. Mereka terdiri daripada orang tua yang
berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takbur." HR
Muslim
5. Golongan Yang Enggan Membantu Orang Lain
Mereka adalah golongan yang sukar memberikan
pertolongan kepada insan yang memerlukan pertolongan walaupun ia adalah
pertolongan kecil dan mudah.
6. Orang Miskin Yang Takbur
Mereka bukan sahaja tidak disenangi oleh manusia
tetapi dimurkai Allah. Golongan ini bukan sahaja rugi di dunia bahkan di
akhirat.
7. Wanita Yang Berlagak Seperti Lelaki
Dari segi perlakuan dan perwatakan, kita menganggap
dia seorang lelaki, sedangkan dia sebenarnya seorang wanita.
8. Suami Dayus
Seorang suami yang membiarkan isteri dan anaknya
melakukan maksiat tanpa ada perasaan marah, cemburu dan tidak berusaha menegur
perbuatan tersebut.
9. Pengamal Hubungan Seks Songsang
Inilah golongan yang mengamalkan budaya jijik kaum
Nabi Lut dan kemudian dibinasakan oleh Allah kerana perbuatan tersebut.
Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi
tuntutan nafsu walaupun bersetubuh dengan isteri melalui dubur.
Malah lebih teruk lagi mereka tergamak melakukan
hubungan seks dengan binatang.
10. Orang Yang Suka Mengungkit Pemberiannya
Iaitu yang memberikan sesuatu kepada seseorang
kemudian mengungkit kembali pemberiannya itu.
11. Penjual Yang Berdusta
Seseorang yang sanggup berbohong untuk melariskan
jualannya. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran: 77 yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang yang mengutamakan keuntungan dunia dan mencabuli
sumpah mereka, tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat dan
Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka serta tidak akan memandang mereka
pada hari kiamat dan tidak akan membersihkan mereka (daripada dosa) serta
mereka diberikan azab yang pedih."
12. Isteri Yang Tidak Berterima Kasih Kepada
Suaminya
Seorang isteri yang tidak tahu menghargai suami
biarpun dia dilayan dengan baik.
13. Orang Yang Suka Mempamerkan Harta Kekayaan
Seseorang yang bersikap angkuh dan gemar mempamerkan
harta kekayaan sedangkan ianya tidak bernilai langsung disisi Allah SWT.
14. Pemerintah Yang Berdusta Dan Tidak Mempedulikan
Penderitaan Rakyatnya
Iaitu pemerintah yang tidak mempedulikan kebajikan
dan penderitaan rakyat, sedangkan dia hidup bersenang-lenang. Malah rakyat
sering dimomok-momokkan dengan janji-janji dusta semata-mata.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesiapa
yang memikul jawatan atau tugas menguruskan orang Islam, namun dia gagal
memenuhi tanggungjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan
mendesak, kepentingan kemiskinan dan kepapaan umat Islam, nescaya Allah akan
mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan
keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari
tersebut." HR Abu Daud
Wallahu a'lam.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "14 Golongan Yang Tidak Dibenarkan Melihat Wajah Allah Di Akhirat"
Post a Comment