iklan responsive
Ramai juga rakyat Malaysia yang gemar membeli
buku-buku rujukan agama Islam dari Indonesia, berikutan penerbitan di sana yang
nampak lebih rancak bagi memenuhi permintaan masyarakat Indonesia, selaku
komuniti terbesar masyarakat Islam di dunia.
Bagaimanapun, berlaku satu penyebaran versi al-Quran
yang dikatakan ada berlaku penambahan dengan wujudnya kemasukan 4 surah
tambahan dalam versi al-Quran tersebut. Menurut penyiasatan, terdapat hampir 12
surah palsu yang dicipta untuk ditambah dalam beberapa cetakan Al-Quran, namun
ada 4 yang cukup terkenal dan dkenalpasti paling banyak disebar. Tahukah anda
mengenai kewujudan 4 surah ini?
1.Al-Iman (Kepercayaan)
'Surah al-Iman'
menceritakan berkenaan kisah pengikut Nabi Isa as. yang sedang belayar di atas
lautan dengan ombak besar melanda mereka. Dalam kepayahan mereka, mereka
ternampak kelibat Nabi Isa sedang berjalan air, yang membuatkan mereka
mempersoalkan keadilan Tuhan. Mendengar keluhan mereka, Tuhan pun menegur
mereka dan mengingatkan mereka tentang kekuasaan-Nya. Berkat daripada itu,
mereka pun diberikan kebolehan untuk berjalan di atas air yang membuatkan
mereka terselamat dan mengucapkan syukur.
Isu 'surah' ini :
manusia biasa boleh berkomunikasi dengan Tuhan secara terus. Jika anda membaca
surah ini, sukar untuk dikenalpasti sama ada mereka itu sedang memohon kepada
Tuhan ataupun kepada anak Tuhan. Yang paling jelas, pembohongan paling besar
adalah apabila manusia biasa diberikan mukjizat oleh Tuhan.
2. Al-Muslimun
Surah Al-Muslimun ini berkisar
kepada 'peringatan' yang diberikan kepada kaum Muslimin berikutan ketidak
percayaan mereka kepada Allah dan Nabi Isa as, serta diperingatkan apa
balasannya jika Muslimin tidak mempercayai kebenaran Nabi Isa as.
Kemudian Tuhan dalam surah ini
menegur Nabi Muhammad saw. kerana telah menyesatkan kaum Muslimin meninggalkan
amalan yang dibawa oleh Nabi Isa as.
Pada peringkat akhir surah ini,
Nabi Muhammad saw. dikatakan memohon maaf kepada Allah swt. atas kesilapannya
menyesatkan orang Islam dan menyesal kerana berjaya dihasut godaan syaitan.
Isu 'surah' ini : Rasanya sudah
jelas di mana pembohongan surah ini dilakukan. Rasulullah saw. adalah seorang
yang terpelihara daripada dosa dan tidak mungkin berjaya diperdayakan syaitan,
begitulah juga para Rasul yang lain.
3. Al-Tasajjud (Penjelmaan)
Kisah yang dipaparkan dalam 'surah'
ini pula lebih kepada memperingatkan umat Islam berkenaan kekuasaan Allah swt.
menjadikan apa saja yang dirasakan mustahil dilakukan.
'Surah' ini cuba mengajak umat
Islam untuk menerima konsep Nabi Isa as. bukanlah seorang anak kepada Tuhan,
tetapi sebenarnya telah pun menjadi sebahagian daripada Allah itu sendiri sejak
mula lagi.
Kemudian Nabi Isa as. dikatakan
dihantar kepada kalangan manusia untuk bercampur gaul dan hidup di kalangan
manusia, lalu meninggal di kalangan manusia juga sebelum diangkat 3 hari
selepas kematiannya. Isi surah ini cuba memujuk umat Islam untuk menerima
konsep Nabi Isa as. itu adalah anak Tuhan dan sesiapa yang tidak mempercayai
konsep ini, bersedialah untuk berdepan kemurkaan Allah swt.
Isu 'surah' ini : Konsep Nabi Isa
as. sebagai anak Tuhan dan juga sebahagian daripada Tuhan merupakan satu
kesalahan akidah yang jelas.
4.
Al-Wasaya (Perintah)
Salah
satu surah palsu paling pelik yang ada. Kandungannya berkisar kepada
perintah-perintah yang dikatakan datang daripada Allah swt. yang bersifat
sangat spesifik. Dalam 'surah' ini diletakkan panduan untuk menguap dan
larangan meletak gambar anjing di dinding, sebelum mula mengarut dengan
larangan keras terhadap dosa besar memakai kasut dengan kaki kiri terlebih
dahulu.
Selain
itu, dalam surah ini juga terkandung suruhan orang Muslimin untuk menyerang dan
membunuh sesiapa saja kaum yang dikatakan golongan munafik. Selain itu,
bersumpah dengan nama Allah digalakkan.
Isu
'surah' ini : Banyak perintah yang disebut dalam 'surah' ini sebenarnya adalah
perkara-perkara yang perlu dielakkan.
5.
Al-Nurayn dan Al-Wilaya
Dua
surah ini sudah lama wujud pada kurun ke 17, dengan kedua-duanya dikatakan
datang daripada seorang penulis tidak diketahui dari India. Setakat yang
diketahui, belum ada lagi mana-mana versi al-Quran yang mempunyai dua surah ini
di dalamnya.
Dikatakan
ditulis oleh pengikut fahaman Syiah yang mengagungkan khalifah ke empat selepas
kewafatan Baginda Rasulullah saw. berikutan nama Ali bin Abi Talib disebut
dalam kedua-dua surah ini.
Surah
Al-Nurayn yang membawa maksud 'cahaya' menceritakan tentang dua cahaya yang
akan melindungi orang Islam dan menjadi penunjuk kepada jalan yang benar. Dalam
'surah' tersebut, nama Saidina Ali disebut sebagai seorang yang alim yang
sentiasa berdoa setiap malam agar Allah mengampunkan dosa-dosa orang Muslim.
Kandungan
dalam surah Al-Wilaya pula hampir serupa dengan kandungan surah Al-Nurayn dari
segi temanya; beberapa peringatan terhadap hari Akhirat dan peringatan kepada
mereka yang tidak mempercayai kandungan al-Quran. Surah tersebut diakhiri
dengan pujian kepada Allah dan juga Ali sebagai saksi yang golongan Muslim
haruslah tunduk pada Allah swt.
4
surah yang kami kongsikan di atas dikatakan disebarkan dalam salah satu cetakan
Quran di Indonesia, namun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah ini, sama ada
benar-benar telah diedarkan atau tidak. Surah Al-Nurayn dan surah Al-Wilaya
pula telah pun diperdebatkan semenjak kemunculannya dan diakui adalah
surah-surah palsu.
Tujuan
kami berkongsikan berkenaan isu ini hanyalah untuk kita bersama-sama mempunyai
sedikit pengetahuan untuk mengenalpasti surah-surah palsu yang ada dan
dikatakan kerap diletakkan di dalam sumber-sumber rujukan al-Quran dalam
internet, yang amat mudah dibangunkan oleh sesiapa saja.
Beberapa
pautan laman rujukan al-Quran yang ada dan pernah memaparkan surah-surah ini
sudahpun tidak lagi beroperasi, tetapi adalah lebih baik kita mengetahui sendiri
nama-nama 'surah' ini agar kita tidak leka dan membacanya, tanpa sedar surah
yang kita baca itu sebenarnya hasil ciptaan manusia belaka.
Selain
enam ini, terdapat beberapa lagi buah surah yang ada yang dinamakan Al-Hayat,
Al-Afdal, Al-Mukataa, Al-Kitab, Al-Usfoor, An-Nabi dan Ad-Du'a, yang dikatakan
berlegar-legar di internet. Berhati-hatilah dalam membeli sumber rujukan yang
tidak kita ketahui pihak yang tidak dikenali penerbitannya. Sukar untuk
dibendung dalam dunia yang bersifat tanpa sempadan, jadi kita perlulah lebih
bijak dalam meneliti masalah ini.
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "6 Surah Palsu Al-Quran Yang Dicipta Manusia Untuk Mengelirukan Umat Islam"
Post a Comment