iklan responsive
Penyakit yang ditimpakan keatas manusia merupakan
ujian dan cubaan daripadaNya untuk melihat sejauh mana kesabaran hamba-hambaNya
dalam mengharungi ujian dan cabaran tersebut. Setiap penyakit, Allah telah
janjikan penawarnya asalkan manusia berusaha untuk mencarinya.
Tanpa kita sedar, ada sejenis penyakit yang telah
lama menjangkiti diri manusia sejak zaman nabi Adam lagi. Penyakit ini adalah
penyakit hati yang berupa dendam. Penyakit ini yang kadang kala dirasakan
manusia tanpa disedarinya. Simptom atau gejalanya adalah yang berupa perasaan
tidak puas hati atau tidak senang di atas kejayaan atau pencapaian orang lain.
Dalam Sebuah Hadist, Rasulullah Shallallahu’alaihi
Wasallam bersabda,
“Kelak akan menimpa umatku penyakit umat umat
terdahulu, yaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa daratan dalam
memperoleh kenikmatan. Mereka berlomba mengumpulkan harta dan bermegah-megahan
dengan harta. Mereka terjerumus dalam jurang kesenangan dunia, saling
bermusuhan, dan saling iri, dengki, dan dendam sehingga mereka melakukan
kezaliman (melampaui batas),” (HR. Al-Hakim).
Jelas sekali hadist Nabi di atas yang menerangkan
tentang penyakit hati yang bisa menyebabkan tertutupnya pintu syurga bagi
seseorang, salah satunya adalah rasa dendam dihati.
Perbezaan dalam tingkat strata dan sosial masyarakat
sekarang ini turut menimbulkan gesekan dan pertikaian. Pertikaian yang bukan
hanya terjadi secara fizikal namun turut disokong dengan perasaan dendam yang
berpanjangan.
Persaingan dalam memperoleh keuntungan dalam dunia
bisnespun, sering kali menimbulkan pertikaian dan dendam yang berpanjangan.
Perasaan tidak senang dan sakit hati terhadap orang lain yang lebih berjaya
adalah faktor utama munculnya penyakit hati berupa dendam ini. Akhirnya manusia
yang memiliki penyakit hati ini sentiasa berfikir untuk melampiaskan dendamnya
dengan apa cara pun, termasuklah perbuatan syirik seperti menggunakan ilmu
hitam dan sebagainya.
Rasa dendam inilah yang menyebabkan pintu surga akan
ditutup untuk dirinyakarena dengan sebanya itu bisa memutuskan tali silaturahmi
dan tali persaudaraan.
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,
“Pintu-pintu surga itu dibuka pada hari Senin dan
Kamis, lalu diampunkanlah bagi setiap hamba yang tidak menyekutukan sesuatu
dengan Allah, kecuali seseorang yang antara dirinya dan saudaranya itu ada rasa
dendam, lalu dikatakanlah, ‘Nantikanlah dulu kedua orang ini sehingga keduanya
berdamai kembali. Nantikanlah kedua orang ini sehingga keduanya berdamai
kembali’,”(HR. Muslim).
Dari hadist Nabi tersebut jelas sekali akibat yang
ditimbulkan jika seseorang masih memiliki rasa dendam didalam hati.
Allah Ta’ala berfirman, bahawa syurga adalah tempat
dimana tidak ada dendam didalamnya.
“Dan Kami mencabut rasa dendam dari dalam dada
mereka, di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka berkata, ‘Segala puji bagi
Allah yang telah menunjukkan kami ke (surga) ini. Kami tidak akan mendapat
petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami. Sesungguhnya rasul-rasul Tuhan
kami telah datang membawa kebenaran.’ Diserukan kepada mereka, ‘Itulah surga
yang telah diwariskan kepadamu karena apa yang telah kamu kerjakan’,” (QS.
al-A’raf 43).
“Sesungguhnya orang yang bertakwa itu berada dalam
surga-surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air (yang mengalir). (Allah
berfirman), ‘Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera dan aman.’ Dan Kami
lenyapkan segala rasa dendam yang ada dalam hati mereka: mereka merasa
bersaudara, duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan,” (QS. al-Hijr 45-47)
Semoga Bermanfaat. Sila Like & Share!
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "AWAS! Jika Menghidap Penyakit Ini, Pintu Syurga akan Tertutup Dan Haram Memasukinya Meskipun Beramal Soleh"
Post a Comment