iklan responsive
Kisah yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai
8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya
termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).
Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima
sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat
tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada
sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT
TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA
yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana
Dia lah sebaik-baik pelindung..”
8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Akan Rugi Kalau
Tak Ambil Tahu. Sebarkan Supaya Dapat Kita Berkongsi Pahala..
Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan
para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang
terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah
seperti berikut :
1.
Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama
kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia!
Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah
shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga
dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2.
Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda,
“Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan
orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus
perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit
yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3.
Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan
berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah
orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa
keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya
kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4.
Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda,
“Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat
dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di
wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan
membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di
wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5.
Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang
yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi
Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang
muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu
berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6.
Penghapus dosa
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah
Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh
sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.”
(HR. At-Tirmidzi)
7.
Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah
Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan
ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit
seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia
berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah
ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika
tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8.
Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu
menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha
Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati
dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang
baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk
Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk
kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Ini 8 Keajaiban Dan Kelebihan Solat Sunat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu"
Post a Comment