iklan responsive
Sebab-sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan
Yang Salah.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang
yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, oleh itu masih ada
rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang
yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang
yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang
yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang
yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana
mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan
kehidupan kita pada masa depan.
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang
yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang
yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang
yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita
bersama-sama Allah.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang
yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.
Harus kita ingat, biarpun insan tersebut pergi
meninggalkan kita.. kita masih ada Allah SWT yang sentiasa Mengasihi dan
Menyayangi kita. Cinta manusia tidak ke mana, yang kekal dan abadi hanyalah
cinta Allah.
P/S: Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan
perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. Yakin dan percayalah bahawa
sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan
meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya.
Sumber : citedunia.com
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Inilah Sebab-sebabnya Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah Sebelum Bertemu Jodoh Sebenar. Wajib Baca!"
Post a Comment