Inilah Sebabnya Al-Quran Sangat Melarang Keras Orang Yang Merebut Suami atau Isteri Orang, Ini Akibatnya!!



iklan responsive


Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian.



Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.



Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya.



Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.



Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.



Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.



“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.



“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.



Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :



ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها



“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”



(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)



Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.



Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.



“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.



“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.



Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.



“Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.



“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.



“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.



Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.



Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )



Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :



المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه



“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”



“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya.



Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.



“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.



“Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.



“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.



Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.



“Dalam Islam, memang tidak ada istilah karma tetapi tindakan seperti ini pastinya akan mey dengan doktrin sebab akibat, pelaku kejahatan akan mendapat siksa atas dosanya yang berbuat baik akan mendapat pahala,

Dari Abî Hurairah –radhiyallâhu ‘anhu- ia berkata: “Rasulullâh – shallallâhu ‘alaihi wa sallam – bersabda: ‘Siapa menipu dan merosak (hubungan) seorang hamba sahaya dari tuannya, maka ia bukanlah bagian dari kami, dan siapa yang merosak (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah dari kami’”. [Hadîts shahîh diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzâr, Ibn Hibbân, Al-Nasâ-î dalam al-Kubrâ dan Al-Baihaqî].



Rasulullâh –shallallâhu ‘alaihi wa sallam – bersabda:



عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: (( مَنْ خَبَّبَ عَبْدًا عَلَى أَهْلِهِ فَلَيْسَ مِنَّا، وَمَنْ أَفْسَدَ اِمْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا فَلَيْسَ مِنَّا )) [حديث صحيح رواه أحمد والبزار وابن حبان والنسائي في الكبرى والبيهقي]



Takhrîj Hadîts



Hadîts ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Al-Musnad [juz 2, hal. 397], Al-Bazzâr [lihat Mawârid al-Zham’ân juz 1, hal. 320], Ibn Hibbân dalam shahîh [juz 12, hal. 370], Al-Nasâ-î dalam Al-Sunan al-Kubrâ [juz 5, hal. 385], dan Al-Baihaqî dalam Al-Sunan al-Kubrâ [juz 8, hal. 13], juga dalam Syu’abu al-Îmân [juz 4, hal. 366, juz 7, hal. 496].



Syekh Nâshir al-Dîn al-Albânî menilai hadîts ini sebagai hadîts shahîh [Silsilah al-Ahâdîts al-Shahîhah hadîts no. 325].



Kandungan Hadîts

Secara garis besar hadîts ini berisi kecaman keras terhadap dua perbuatan, yaitu:



1. Mengganggu seorang pelayan, atau pembantu atau budak yang telah bekerja pada seorang tuan, sehingga hubungan di antara pelayan dan tuannya menjadi rosak, lalu sang pelayan pergi meninggalkan tuannya, atau tuannya memecat dan mengusir sang pelayannya.



2. Mengganggu seorang wanita yang berstatus isteri bagi seorang lelaki, sehingga hubungan di antara suami isteri itu menjadi rosak, lalu sang isteri itu meminta cerai dari suaminya, atau sang suami menceraikan isterinya.



Bentuk-Bentuk Gangguan dan Tindakan Merosak



Ada beragam bentuk dan cara seseorang merosak hubungan diantara suami isteri , di antaranya adalah:



1. Berdoa dan memohon kepada Allâh –subhânahu wa ta’âlâ- agar hubungan seorang wanita dengan suaminya menjadi rosak dan terjadi perceraian di antara keduanya.



2. Bersikap baik, bertutur kata manis dan melakukan berbagai macam tindakan yang secara lahiriah baik, akan tetapi, menyimpan maksud merosak hubungan seorang wanita dengan suaminya (atau sebaliknya). Perlu kita ketahui terkadang sihir itu berupa tutur kata yang memiliki kemampuan “menghipnotis” lawan bicaranya. Rasulullâh –shallallâhu ‘alahi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya sebagian dari sebuah penjelasan atau tutur kata itu adalah benar-benar sihir”. (H.R. Bukhârî dalam al-Adab al-Mufrad, Abû Dâwud dan Ibn Mâjah. Syekh Albânî menilai hadîts ini sebagai hadîts hasan [silsilah al-ahâdîts al-shahîhah, hadîts no. 1731]).



3. Memasukkan bisikan, kosa kata yang bersifat menipu dan memicu, serta memprovokasi seorang wanita agar berpisah dari suaminya (atau sebaliknya), dengan iming-iming akan dinikahi olehnya atau oleh orang lain, atau dengan iming-iming lainnya. Perbuatan seperti ini adalah perbuatan tukang sihir dan perbuatan syetan (Q.S. Al-Baqarah: 102). Rasulullâh –shallallâhu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya Iblis menempatkan singgasananya di atas air, lalu menyebar anak buahnya ke berbagai penjuru, yang paling dekat dengan sang Iblis adalah yang kemampuan fitnahnya paling hebat di antara mereka, salah seorang dari anak buah itu datang kepadanya dan melapor bahwa dirinya telah berbuat begini dan begitu, maka sang Iblis berkata: ‘kamu belum berbuat sesuatu’, lalu seorang anak buah lainnya datang dan melapor bahwa dia telah berbuat begini dan begitu sehingga mampu memisahkan antara seorang suami dari isterinya, maka sang Iblis menjadikan sang anak buah ini sebagai orang yang dekat dengannya, dan Iblis berkata: ‘tindakanmu sangat bagus sekali’, lalu mendekapnya”. (H.R. Muslim [5032]).



4. Meminta, atau menekan secara terus terang agar seseorang wanita meminta cerai dari suaminya atau agar seorang suami menceraikan isterinya dengan tanpa alasan yang dibenarkan oleh syari’at. Rasulullâh –shallallâhu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Tidak halal bagi seorang wanita meminta (kepada suaminya) agar sang suami mencerai wanita lain (yang menjadi isterinya) dengan maksud agar sang wanita ini memonopli ‘piringnya’, sesungguhnya hak dia adalah apa yang telah ditetapkan untuknya”. (Hadîts muttafaq ‘alaih).



Bentuk-bentuk seperti ini sangat tercela, dan termasuk dosa besar jika dilakukan oleh seseorang kepada seorang wanita yang menjadi isteri orang lain, atau kepada seorang lelaki yang menjadi suami orang lain.



Dan hal ini semakin tercela lagi jika dilakukan oleh seseorang yang mendapatkan amanah atau kepercayaan untuk mengurus seorang wanita yang suaminya sedang pergi atau sakit dan semacamnya. Sama halnya jika dilakukan oleh seorang wanita yang mendapatkan amanah atau kepercayaan untuk mengurus keluarga seorang lelaki yang isterinya sedang pergi atau sakit dan semacamnya.



Rasulullâh –shallallâhu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Keharaman wanita (isteri yang ditinggal pergi oleh) orang-orang yang berjihad bagi orang-orang yang tidak pergi berjihad (yang mengurus keluarga mujahid) adalah seperti keharaman ibu-ibu mereka, dan tidak ada seorang lelaki pun dari orang-orang yang tidak pergi berjihad yang mengurus keluarga orang-orang yang pergi berjihad, lalu berkhianat kepada orang-orang yang pergi berjihad, kecuali sang pengkhianat ini akan dihentikan (dan tidak diizinkan menuju surga) pada hari kiamat, sehingga yang dikhianati mengambil kebaikan yang berkhianat sesuka dan semaunya”. (H.R. Muslim [3515]).



Salah satu bentuk pengkhianatan yang dimaksud dalam hadîts Muslim ini adalah merosak hubungan keluarga sang mujahid, sehingga bercerai dari suaminya.



Bentuk



pengkhianatan yang lebih besar lagi adalah –na’ûdzu billâh min dzâlik- berzina dengan keluarga sang mujahid.

Termasuk dalam pengertian mujahid ini adalah seseorang yang mendapatkan tugas dakwah, atau menunaikan ibadah haji atau umrah, atau bepergian yang mubah, lalu menitipkan urusan keluarganya (isteri dan anak-anaknya) kepada orang lain. Dalam hal ini, jika yang mendapatkan amanah berkhianat, maka, ia termasuk dalam ancaman hadîts Muslim ini.



Mirip-mirip dengan hal ini adalah jika ada seseorang yang karena kapasitasnya, mungkin karena ia adalah seorang tokoh, atau pimpinan sebuah organisasi atau kiai, atau ustadz, atau semacamnya yang diamanahi untuk mendamaikan hubungan orang lain yang sedang rosak atau terancam rosak, akan tetapi, ia malah mengkhianati amanah ini.



Hukum merosak Rumah Tangga Orang Lain



a. Hukum Ukhrawî



Para ulama’ bersepakat bahwa hukum mengganggu dan merosak hubungan sebagaimana dimaksud dalam hadîts nabi di atas adalah haram (lihat al-mausû’ah al-fiqhiyyah, pada bâb takhbîb), maka siapa saja yang melakukannya, maka ia mendapatkan dosa dan diancam siksa di neraka.



Bahkan Imam Al-Haitsamî mengkategorikan perbuatan dosa ini sebagai dosa besar.



Dalam kitabnya Al-Zawâjir ‘an Iqtirâf al-Kabâir beliau menyebutkan bahwa dosa besar yang ke 257 dan 258 yaitu merosak seorang wanita agar terpisah dari suaminya dan merosak seorang suami agar terpisah dari isterinya.



Alasannya, hadîts nabi –shallallâhu ‘alaihi wa sallam – di atas menafikan pelaku perbuatan merosak ini dari bagian umat beliau, dan ini terhitung sebagai ancaman berat. Juga para ulama’ sebelumnya, secara sharîh (jelas) mengkategorikannya sebagai dosa besar. (lihat Al-Zawâjir juz 2, hal. 577).



b. Hukum Duniawî



Ada dua hukum duniawi terkait dengan hadits ini, yaitu:



1. Jika ada seorang lelaki yang merosak hubungan seorang wanita dari suaminya, lalu sang wanita itu meminta cerai dari suaminya, dan sang suami mengabulkannya, atau jika ada seorang lelaki merosak hubungan seorang wanita dari suaminya, lalu sang suami marah dan menceraikan isterinya, lalu sang lelaki yang merosak ini menikahi wanita tersebut, apakah pernikahannya sah?



Jumhur ulama’ berpendapat bahwa pernikahan sang lelaki perosak dengan wanita korban tindakan perosakannya adalah sah. Alasannya adalah karena wanita tersebut tidak secara eksplisit terhitung sebagai muharramât (wanita-wanita yang diharamkan baginya).



Namun, ulama’ Mâlikiyyah memiliki pendapat yang berbeda dengan Jumhur. Mereka berpendapat bahwa pernikahan yang terjadi antara seorang lelaki perosak dengan wanita yang pernah menjadi korban tindakan perosakannya harus dibatalkan, baik sebelum terjadi akan nikah di antara keduanya atau sudah terjadi. Alasan Mâlikiyyah dalam hal ini adalah:



i. Demi menerapkan hadîts yang menjadi kajian kita kali ini.



ii. Agar tidak menjadi preseden buruk bagi munculnya kasus-kasus lain yang serupa, demi menjaga keutuhan rumah tangga kaum muslimin.



Baca Juga : Kisah Nyata : Isteri Yang Berkhianat Pada Suami Dan Berzina Akibat Facebook



iii. Hal ini terhitung dalam kategori kaidah fiqih: man ta’ajjala syai-an qabla awânihi ‘ûqiba bihirmânihi (siapa yang terburu-buru mendapatkan sesuatu sebelum saatnya, maka ia dihukum dengan tidak diperkenankan mendapatkan sesuatu itu). Kaidah ini pada asalnya berlaku bagi seseorang yang melamar dengan kata-kata sharîh seorang wanita yang masih dalam masa iddah (tunggu) pasca kematian suaminya. (Q.S. Al-Baqarah: 235).



Logikanya, jika melamar dengan kata-kata sharîh terhadap seorang wanita yang masih dalam masa iddah karena kematian suaminya saja tidak dibenarkan, padahal dalam hal ini tidak ada aspek perosakan yang berakibat terciptanya perceraian wanita itu dari suaminya (karena memang suaminya telah meninggal), maka, jika ada seseorang yang merosak seorang wanita yang masih bersuami, sehingga tercipta perceraian wanita itu dari suaminya, hukumnya tentunya lebih berat daripada yang dimaksud dalam kaidah fiqih ini. Untuk itulah, jika akan terjadi pernikahan antara sang lelaki perosak hubungan dengan wanita “korban” tindakan perosakannya, maka, hal ini harus dicegah, dan jika sudah kadung terjadi pernikahan di antara keduanya, maka, pernikahan itu harus dibatalkan.



Yang lebih menarik lagi dari pendapat Mâlikiyyah ini adalah: ada sebagian dari ulama’ Mâlikiyyah yang berpendapat bahwa wanita “korban” tindakan perosakan seorang lelaki, menjadi haram selamanya bagi sang lelaki perosak tersebut.



Perbedaan pendapat ini kami sebutkan di sini sebagai peringatan keras bagi siapa saja agar tidak melakukan perbuatan seperti ini, walaupun, secara hukum fiqih, pendapat Jumhur lebih kuat, akan tetapi, pendapat Mâlikiyyah, perlu kita jadikan sebagai cambuk peringatan.



2. Jika ada seseorang yang melakukan perbuatan terlarang ini, adakah ia perlu mendapatkan hukuman di dunia?



Para ulama’ berpendapat bahwa perbuatan terlarang seperti ini, jika ada yang melakukan, maka hakim berwewenang menjatuhkan ta’zîr (hukuman yang ketentuannya ditetapkan oleh hakim atau penguasa) dengan syarat tidak melebihi bobot 40 cambukan.



Di antara mereka ada yang berpendapat, hukumannya adalah kurungan penjara sampai ia menyatakan tobat atau meninggal dunia (sebagian penganut Mazhab Hanafî)



Di antara mereka ada yang berpendapat, cukup diberi cambukan keras saja, dipublikasikan perbuatannya, agar orang waspada darinya dan agar orang lain mengambil ibrah (sebagian penganut madzhab Hanbalî).



Catatan Lain



Ada satu hal yang menarik untuk dicatat di sini, yaitu tentang sikap para ulama’ saat menyebutkan hadîts ini.



Sebagian mereka mencantumkan hadîts yang sedang kita kaji ini dalam bab “orang yang merosak hubungan suami isteri ”, tanpa embel-embel ancaman dalam kalimat babnya. Seperti yang dilakukan oleh Imam Al-Nasâ-î dan Al-Bazzâr.



Akan tetapi, ada sebagian dari mereka yang mencantumkan hadîts yang sedang kita kaji ini dalam bab yang mengandung kalimat ancaman, seperti: al-zajr (penjelasan untuk membuat jera), al-tasydîd (peringatan keras), sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Ibn Hibbân dan Imam Al-Baihaqî.



Yang menarik adalah ada sebagian ulama’ yang mengkategorikan hadîts ini ke dalam bab makar dan tipu daya, sebagaimana yang dilakukan oleh kitab kanz al-‘Ummâl.




Semoga kita semua terhindar dari perbuatan yang sangat tercela ini, amin


ikalan saiz 250




iklan adnow

0 Response to "Inilah Sebabnya Al-Quran Sangat Melarang Keras Orang Yang Merebut Suami atau Isteri Orang, Ini Akibatnya!!"

Post a Comment

bh

loading...
'));

selection