iklan responsive
Sebagai seorang Islam menjadi kewajiban pada kita
untuk percaya akan hari kiamat. Pasti masa mendengarnya, yang terbayang adalah
kehancuran seluruh alam dunia berikut isinya. Dalam Al Quran pun dijelaskan bahawa keadaan
manusia pada masa itu seperti anai-anai yang bertebaran dan apa yang ada pada
masa itu semuanya sudah dalam keadaan mati.
Namun ternyata terdapat beberapa perkara yang tidak hancur apabila hari
kiamat.
Anda tidak salah baca, memang saat terompet
sangkakala ditiup oleh malaikat Israfil, dengan kuasa Allah dan beserta
ketetapanNya, beberapa perkara berikut ini akan ada mesti yang lain telah
tiada.
1. Syurga Dan Neraka
Allah telah menjelaskan dengan terang bahawa saat
hari kiamat tiba, neraka dan syurga tidaklah hancur. Keadaan ini diabadikan dalam surat Hud ayat
106-108.
“Adapun orang-orang yang celaka, maka (tempatnya) di
neraka. Di dalamnya mereka mengeluarkan
dan menarik nafas (dengan merintih), mereka kekal di dalamnya selama ada langit
dan bumi kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap
apa yang Dia kehendaki. Adapun
orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga. Mereka kekal di dalamnya selama ada langit
dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain) sebagai karunia yang
tiada putus-putusnya ” (QS Hud 106-108 )
Secara ringkas bahawa Allah memberi jaminan bahawa
neraka dan syurga kekal meski yang lain telah binasa. Itu merupakan hak Allah dalam menetapkan
sesuatu.
2. Arsy Allah SWT
Hal yang tidak akan hancur lain adalah Arsy yang
mempunyai makna singgahsana Allah SWT.
Jaminan Allah terhadap keabadian Arsy terukir indah dalam Al Quran surat
Az Zumar 74-75 yang berbunyi:
“Dan mereka berkata” Segala puji bagi Allah yang
telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah memberikan tempat ini (Syurga)
kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati syurga di mana saja yang kami
kehendaki. Maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang -orang yang
beramal “dan engkau (Muhammad) akan melihat malaikat-malaikat melingkar di
sekeliling Arsy bertasbih sambil memuji Tuhannya, lalu diberikan keputusan di
antara mereka (hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan” Segala puji bagi
Allah Tuhan semesta alam ” ( QS Az
Zumar 74-75)
Masih banyak lagi hadis dan ayat Al Quran yang
menerangkan tentang kekalnya Arsy dan Arsy bukan termasuk dari salah satu
makhluk yang diciptakan selama kurun 6 hari serta tidak pula dibelah maupun
dipecah.
3. Kerusi Allah SWT
Tak hanya mempunyai singgasana, Allah pun mempunyai
kerusi. Hal ini telah dijelaskan oleh
Rasulullah SAW “Tidaklah langit yang
tujuh dibanding kerusi kecuali laksana lingkaran anting yang diletakkan di
tanah lapang” (HR Ibnu Hiban)
Dengan kata lain, para ulama bersepakat bahawa yang
tidak hancur apabila hari kiamat adalah kerusi Allah salah satunya. Wallahu ‘Alam daripada apa wujud dari kerusi
Allah tersebut.
4. Lauhul Mahfuzh
Catatan manusia selama hidupnya tercatat jelas dalam
Lauh Mahfuzh. Ternyata Lauh Mahfudz
termasuk dalam beberapa hal yang tidak akan musnah apabila hari kiamat. Lauh Mahfuz secara ringkas merupakan kitab
tempat Allah menuliskan segala yang ada di alam semesta ini.
“Tidak seorang pun yang ada di langit dan di bumi,
melainkan terdapat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)” (QS An Naml 75)
5. Qalam Atau Pena
Pena disini bukanlah pena yang kita lihat dan sering
digunakan. Namun pena yang tidak akan
hancur saat kiamat adalah pena Allah atau Qalam. Para ulama mengatakan bahawa Qalam merupakan
makhluk pertama yang Allah ciptakan. Ini
sesuai dengan sabda Rasulullah SAW.
“Sesungguhnya makhluk yang pertama kali Allah
ciptakan adalah Al Qalam. Kemudian Allah berfirman kepadanya: Tulislah! Kemudian Al Qalam berkata” Wahai Rabbku, apa
yang akan aku tulis? Kemudian Allah
berfirman “Tulislah takdir segala sesuatu sehingga datang hari kiamat (HR Abu Dawud) .
6. Tulang Ekor Manusia
Saat tubuh manusia hancur di hari kiamat tersebut,
salah satu bahagian tubuh manusia iaitu tulang ekor justru terlihat
sebaliknya. Ini bukanlah sebuah karangan
ataupun khayalan kerana sesuai dengan hadis Rasulullah yang berbunyi “Tiada bahagian dari tubuh manusia kecuali
akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang iaitu tulang ekor. Darinya manusia dirakit kembali pada hari
kiamat ” (HR Bukhari).
7. Roh
Meski roh merupakan urusan yang Allah sahaja yang
tahu, namun sifat roh telah diterangkan oleh Allah sebagai salah satu yang
tidak hancur meskipun terjadi kiamat. Roh yang terdapat dalam diri manusia jika
sudah waktunya meninggal dunia maka akan dicabut dan dikembalikan semula ketika
hari kebangkitan. Para ulama pun
bersepakat tentang abadinya roh manusia.
Memang jelas bahawa beriman kepada hari kiamat
merupakan salah satu rukun iman yang wajib diyakini. Hal yang berkaitan dengan kiamat pun meski
kita sedari dengan landasan Al Quran dan Sunnah Rasul.
Sumber : http://pisangpanas.com
ikalan saiz 250

iklan adnow
KINI DEWALOTTO MENYEDIAKAN DEPOSIT VIA PULSA TELKOMSEL / XL
ReplyDeleteUNTUK KEMUDAHAN TRANSAKSI , ONLINE 24 JAM BOSKU ^-^
WWW.DEWA-LOTTO.NAME
WA : +855 88 876 5575