iklan responsive
jangan tak tau..ade juga mereka yang jarang
menyelitkan aktiviti baca quran dalam diari harian..dengan pelbagai
alasan..alasan tak faham maksud ni pon memang #femes laa kan..oleh itu..meh
kite baca sesama..moga dapat dapat menjadi pengajaran dan menjadi iktibar pada
kita..=)
Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga
dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca #Al-Quran. Kisah ini
dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca #Al-Quran, sedangkan kita tidak
memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya
di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja
makan dan membaca #Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru
seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, Atuk! saya cuba
membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham
sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila
kita membaca #Al-Quran? Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam
dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,
Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh,
tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu
ketawa dan berkata. Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,
dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali
lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu
kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa
mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil
baldi. Orang tua itu berkata, saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air.
Anda tidak cukup kuat mencubanya. dan dia menuju ke pintu melihat cucunya
mencuba lagi.
Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa
tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk
tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang
dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke
rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin
dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali
lagi kosong. Meletihkan, katanya, tengok Atuk, tak guna! Jadi anda fikir ianya
tidak berguna? Orang tua itu berkata, tengok guni itu.
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat
kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar
daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan
dalam.
Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca
#Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila
anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah
kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.~
Sumber: tambahcheese
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "KENAPA KITA PERLU MEMBACA ALQURAN WALAUPUN TIDAK MEMAHAMINYA INILAH JAWAPANNYA TUNJUK KEPADA YANG MALAS BACA ALQURAN"
Post a Comment