Kenapa tutup majlis dengan surah al-Asr? baca selanjutnya disini untuk lebih keterangan



iklan responsive


1. Meneroka pengertian surah al-Asr, al-Imam al-Shafi’e menegaskan bahawa sekiranya tiada surah lain diturunkan, surah al-Asr ini sudah memadai buat manusia kerana ianya mengandungi pengajaran yang diperlukan dari al-Quran.

2. Surah al-Asr menegaskan kepada kita bahawa manusia berada di dalam kerugian. Al-Nablusi (al-Nabulsi) mengajak kita berfikir akan apa yang dimaksudkan dengan kerugian. Dalam perniagaan, kerugian didefiniskan sebagai hasil yang kurang dari modal. Dalam kehidupan, kerugian adalah mereka yang menggemblengkan masa dan tenaganya tetapi tidak menghasilkan sesuatu. Inilah kerugian yang hakiki.

3. Dengan sebab itu kematian Sa’d ibn Muaz digambarkan oleh Rasulullah sebagai kematian yang menggegarkan Arasy. Kerana beliau hanya sempat menjadi Muslim selama enam tahun sahaja, tetapi hasilnya sangat jelas. Tindakan akhir beliau di Madinah memberikan mesej Islam yang jelas kepada penghapusan pengkhianatan Yahudi. Begitu juga dengan Abu Hurairah yang sempat bersama Nabi hanya 3 tahun sahaja, hasilnya beliau adalah perawi hadith yang terbanyak.

4. Di sini, al-Asr bukan sekadar mengajarkan kepada kita tentang masa, tetapi penjanaan “hasil”. Iaitu perahan masa yang kita gemblengkan sehingga menghasilkan sesuatu. Ianya mirip dengan perkataan ‘Asir, iaitu lafaz bahasa arab yang bermaksud perahan jus buahan yang menghasilkan minuman (yang enak).

5. Dengan itu benarlah kata-kata al-Shafi’e tadi bahawa memadai dengan surah ini, telah lengkap pengajaran yang diperlukan dari al-Quran. Pengajaran al-Quran berkehendakkan kepada implimentasi, iaitu menghasilkan tindakan dari mutiara yang terkandung di dalamnya. Ianya tidak sekadar hafazan yang tersemat di dada, ia perlu diterjemahkan kepada tindakan yang membuahkan hasil.

6. Oleh itu, majlis yang kita sudahi dengan surah al-Asr seharusnya mengingatkan kita tentang tindakan seterusnya yang membuahkan hasil.

USTAZ DR AHMAD SANUSI AZMI
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM


www.indahnyaislam.my


ikalan saiz 250




iklan adnow

0 Response to "Kenapa tutup majlis dengan surah al-Asr? baca selanjutnya disini untuk lebih keterangan"

Post a Comment

bh

loading...
'));

selection