iklan responsive
Apakah itu bekam? Bekam ialah mengeluarkan darah
dari kulit dengan cara menghisap, kemudian melakukan sayatan nipis pada kulit,
kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan
izin Allah swt.
Proses pengubatan bekam melibatkan tiga peringkat :-
1- Penyedutan
2- Penyayatan
3- Pengeluaran darah
Sejarah Bekam.
Penggunaan bekam pertama kali oleh manusi ialah pada
zaman Nabi Luth as , kaum Nabi Luth as apabila ada orang asing lalu dikawasan
mereka . Mereka akan melempari kepala oran itu dengan batu sehingga mengalirkan
darah, lantas mereka mendatangi orang tersebut dan meminta bayaran daripadanya
sebagai upah atas darah kotor yang telah mereka keluarkan.
Kisah ini mensyariatkan sudah lama penggunaan bekam
sebagai cara perubatan sejak zaman itu hingga zaman Rasullulah saw dan pada
masa kini.
Bekam Merupakan Perubatan Yang Dipakai Oleh
Rasullulah Saw
Sabda Rasullulah Saw :
“Penyembuhan itu terdapat pada tiga hal, minum
madu,torehan alat bekam dan kay (bakar dengan api), Sesungguhnya aku melarang
umatku dari ‘kay’ “. – Hadis Bukhari
Janji Rasullulah Saw Bahawasanya Bekam Di Satu Titik
Sekitar Kepala Sahaja Dapat Menyembuhkan 72 Jenis Penyakit.
Sabda Rasullulah Saw :
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan
bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya
hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit .- Hadis Thobrani.
Penduduk Langit Menganjurkan Supaya Penduduk Bumi
Berbekam.
Sabda Rasullulah Saw :
“Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat
pada malam ketika aku di isra’ kan kecuali mereka (para malaikat) berkata :
wahai muhammad! Perintahlah umatmu berbekam” – HR Tarmizi & Baihaqi
Daripada kedua-dua hadis tersebut dapat difahami
bahawa bekam ini merupakan saru kaedah
pengubatan yang sangat ampuh bagi umat manusia sejagat.
Maafaat & Kelebihan Bekam. – Dapat mengamalkan
sunnah Rasullulah saw dalam perubatan.
– Meningkatkan daya tubuh badan
– Mencuci darah
– Dapat mengatasi kemalasan dan kelesuan
– Sangat berkesan mengatasi racun
– Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah
– Dapat mengatasi sakit kepala dan sakit gigi
– Mengatasi gangguan tekanan darah
– Merawat berbagai jenis penyakit yang tidak boleh
diubati dengan kaedah rawatan moden
Bekam Adalah Sunnah Nabi S.A.W dan Merupakan
Mukjizat Perubatan.
Sabda Rasullulah saw diriwayatkan oleh Ibnu Hibban
dan Hakim :
“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya
Allah SWT telah menciptakan sesuatu penyakit kecuali dia menciptakan ubat baginya
.. diketahui bagi yang mengetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak
mengetahui.”
Dari Jabir ra beliau berkata Rasullulah saw bersabda
:
“Setiap penyakit ada ubatnya , apabila ubat tepat
mengenai penyakit maka akan wujudlah kesembuhan dengan izin Allah SWT.” – Hadis
Muslim
Dapat difahami daripada hadis tersebut bahawasanya
berubat adalah merupakan sunnah Rasullulah saw.
Petikan :
Majalah “At-Takwa”
Cetusan Ilmiah Mukmin
Berikut adalah kumpulan hadis yang menganjurkan kita
untuk berbekam
Dari Said bin Jubair, dari Ibnu Abbas RA, Rosulullah
bersabda: ” Kesembuhan-kesembuhan itu pada tiga hal: Minum madu, pembekaman,
dan kay dan sesungguhnya saya melarang umatku untuk melakukan kay“. HR. Bukhari
Dari Kastir bin Salim, ia berkata bahwa Anas bin Malik
berkata Rasulullah bersabda: ” Saya tidak melewati di hadapan para Malaikat
kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad SAW perintahkan umatmu dengan
berbekam!”. HR. Ibnu Majah dan didalam riwayat yang lain ” Wahai Muhammad,
hendaklah kamu berbekam!“.
Dari Anas RA bahwa Rasulullah bersabda: ”
Sesungguhnya jika ada sesuatu yang boleh menyembuhkan maka itu adalah bekam dan
qustul bahri” HR. Muslim
Diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim
bahwa Rasulullah bersabda:” Hendaklah kalian berbekam pada tengah qomahduwah
kerana dapat menyembuhkan 72 penyakit”
Dalam Sahih Bukhari Muslim dari Anas bahwa
Rasulullah dibekam tiga kali; sekali pada kahil dan dua kali pada akhdaiin.
Dalam sebuah hadis marfu Rasulullah bersabda: ”
Hendaklah kalian melakukan bekam pada qomahduwah sebab itu akan menyembuhkan
lima macam penyakit“.
Wallahualam
Sumber 1:- mselim3.blogspot.my
Sumber 2:- pelajaranbekam.my
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Mengejutkan!! Inilah Tips Kesihatan Yang Diberitahu Malaikat Kepada Rasulullah SAW"
Post a Comment