iklan responsive
Bertambahnya umur bagi sebahagian orang memang
menjadi saat yang ingin dilalui dengan penuh kebahagiaan. Mengundang sanak
saudara dan sahabat, makan bersama, hadiah-hadiah yang datang silih berganti,
dan banyak lagi. Salah satu hal yang seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam
acara ulang tahun adalah meniup lilin. Rasa-rasanya sebahagian umat muslim pun
masih melakukan hal ini. Namun, bagaimana islam memandang hal tersebut?
Bolehkah? Atau hal tersebut merupakan sesuatu yang dilarang?
Dipetik dari laman merdeka.com, tradisi tiup lilin
sudah lahir sejak zaman Yunani Kuno. Dalam sejarah disebutkan bahawa menyalakan
lilin adalah sebuah cara khusus seseorang untuk membayar seperti upeti kepada
dewi bulan yang terdapat dalam mitologi Yunani, yakni dewi Artemis. Pada zaman
dahulu, kuih yang dipakai haruslah berbentuk bulat agar dapat melambangkan
bulan dan lilin yang diletakkan di
atasnya sebagai lambang cahaya bulan. Sebelum orang-orang Yunani Kuno meniup
lilin, mereka terlebih dahulu akan berdoa memohon sesuatu hajat.
Asap dari lilin yang melayang di udara dianggap
sebagai penghantar doa-doa mereka kepada sang dewi. Oleh kerana itu tradisi
tiup lilin tidak hanya dilakukan pada saat ulang tahun, tetapi setiap kali
mereka memiliki keinginan. Oleh kerana itu, tradisi meniup lilin ketika
seseorang ulang tahun termasuk ke dalam aktivitas keagamaan orang-orang Yunani
Kuno. Lilin juga dapat diibaratkan sebagai cahaya kehidupan bagi menurut
orang-orang non-muslim.
Dalil Islam tentang Tiup Lilin saat Ulang Tahun
Oleh kerana meniup lilin pada saat ulang tahun
adalah “warisan” tradisi dari budaya non-muslim, maka, Rasulullah
menjelaskannya terkait hal tersebut dalam hadits di bawah ini :
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
“Barang siapa yang menyerupai dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum
itu.” [HR. Abu Daawud]
Jika kita melihat pada hadits di atas, maka
sebaiknya kita meninggalkan tradisi tiup lilin tersebut, kerana tradisi tiup
lilin bukan merupakan tradisi umat islam dan menyerupai tradisi umat
non-muslim. Tradisi tersebut juga sering dilakukan oleh kaum yahudi dan
nasrani.
Alasan Umat Muslim Tidak Boleh Melakukan Tiup Lilin
saat menyambut hari jadi.
Pada intinya, beberapa hal yang dapat dijadikan
alasan mengapa tidak diperbolehkannya umat islam mengikuti tradisi meniup lilin
dalam acara ulang tahun adalah :
Rasulullah tidak pernah mengajarkan atau
menganjurkan tradisi perayaan ulang tahun termasuk di dalamnya tradisi meniup
lilin. Berbahaya jika tradisi ‘tiup lilin’ seakan-akan sudah menjadi bahagian
dari kewajiban di setiap tahunnya, kerana Rasulullah tidak pernah mengajarkan
dan mewajibkan hal tersebut.
Pesta ulang tahun yang berlebihan merupakan salah
satu sikap pemborosan yang dibenci oleh Allah. Wang yang digunakan untuk
membeli lilin ulang tahun, memiliki manfaat yang lebih bernilai di mata Allah.
Untuk sedekah, misalnya?
Tradisi tiup lilin bukan merupakan tradisi umat
islam dan tidak dianjurkan kerana menyerupai tradisi umat non-muslim.
Meniru-niru kebiasaan suatu kaum disebut juga dengan tasyabuh, dan hal tersebut
dilarang di dalam islam. Sebahagian orang masih melakukan tradisi “tiup lilin”
kerana tidak mengetahui bagaimana asal-usul tradisi tersebut dan apa maksud
dibaliknya. Oleh karena itulah kita perlu menjadi muslim yang bijak agar dapat
membezakan secara jelas mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan hanya
mengikuti sesuatu tanpa memiliki ilmu tentangnya.
Umat islam hanya memiliki 3 perayaan besar, yakni
Idul Fitri, Idul Adha dan hari Jumat. Jadi ulang tahun tidak termasuk di
dalamnya.
Menurut salah satu penelitian, meniup lilin yang
berada di atas kek ulang tahun menjadi salah satu penyebab penyebaran bakteri,
kuman atau zat-zat negatif di kek tersebut.
Tak masalah jika anda menganggap hari bertambahnya
umur menjadi hari yang istimewa. Namun harus kita sedari, bahawa di hari itulah
umur kita pada hakikatnya berkurang. Satu tahun dalam hidup kita telah berakhir
dan tahun demi tahun akan terus berganti. Lebih baik jika hari itu kita jadikan
momen untuk mensyukuri kurnia Allah yang telah menciptakan kita dan membuat
kita lahir di dunia ini, mensyukuri kedua orang tua yang telah menjaga kita
sejak keluar dari rahim ibu dan mensyukuri setiap masa yang telah kita lalui.
Berkurangnya umur pun dapat kita jadikan sebagai
masa untuk bermuhasabah, apakah kiranya yang akan kita lakukan di sisa hidup
kita dalam ketaatan kepada Allah. Mintalah kepada Allah agar Ia kurniakan
ketaatan kepada kita di sisa umur kita. Tanamkanlah hal-hal positif yang telah
dijelaskan sebelumnya kepada adik-adik kita atau anak-anak kita.
Sekiranya anda mahu menyambut ulang tahun kelahiran
anda,tidak ada masalah dengan hanya membeli kek dan memakannya.Tapi elakkanlah
daripada memasang lilin diatas kek dan meniupnya kerana itu adalah perbuatan
mungkar daripada kaum lain yang mempunyai maksud tersirat.
Jika anda mahu memberi hadiah kepada seseorang yang
berulang tahun pun, tidak masalah. Saling memberi hadiah sesama muslim sangat
dianjurkan oleh Rasulullah Shalallahu a’laihi wassalam, kerana dengan itu kita
akan saling mencintai satu sama lain.
Seandainya
mahu melakukan sebuah perayaan seperti makan-makan bersama dengan sanak
saudara, mengudang jiran dan teman-teman, maka niatkanlah itu untuk ibadah dan
janganlah berlebihan. Niatkanlah perayaan itu untuk memberi rezeki yang kita miliki kepada orang lain
dalam bentuk makanan atau untuk bersedekah, sehingga kita tidak menggunakan
rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kita untuk hal-hal yang sia-sia.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Mulai Hari Ini,Berhenti Tiup Lilin Kek Ketika Sambut Hari Jadi Kerana Dulu Kaum Eropah Telah….."
Post a Comment