iklan responsive
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata
dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin
dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat
maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang
memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga
jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi
Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat
sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh” . Setelah dimandi dan dikafankan,
telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah
kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi
belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai
anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka
tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku,
padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu
mendoakan aku”.
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi
beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi
kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi
nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga
dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai
ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan
aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun
terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa
yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah
untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah
sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada
nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga
sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah saw lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga
orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail as “Kalau orang yang nazak itu orang munafik,
maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila
melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan
bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt ” Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang
diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut
pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah
dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan
keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,
tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab
kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut mencabut
roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah
telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun
berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut
orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu
dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. ” Sebaik saja mendapat
perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
“Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar
dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Renungkanlah…..
Kredit: Aislimau.com
Sumber : Katakpisang
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Pesanan Roh Orang Mati kepada Ahli Keluarga, Sebelum dia Dikuburkan. Anda akan Terduduk Insaf Selepas Membacanya."
Post a Comment