Surah Ini Jika Dibaca Pada Air Kemudian Diminum, InsyaAllah Akan Hilang Dukacitanya Dan Terpelihara Dari Terkejut . Jika Dilakukan Selalu, Insya Allah Akan Kuat Daya Ingatannya !



iklan responsive


Biasanya kita mendengar ayat ini dibacakan serta diamalkan akan melapangkan jiwa yang lara, menjinakkan anak yang degil dan nakal dan turut menerangkan hati sesiapa sahaja untuk memudahkan menerima setiap pelajaran yang dipelajari.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk?)


Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). Rupa-rupanya sangatlah luas fadhilatnya, terutama kepada kaum ibu yang mudah penat dan letih kerana membuat berbagai jenis kerja rumah tanpa henti. Semakin usia meningkat, berbagai jenis penyakit yang akan hinggap dan biasanya adalah sakit di bahagian pinggang yang menyebabkan aktiviti harian terbantut kerana menanggung kesakitan.


ikalan saiz 250




iklan adnow

0 Response to "Surah Ini Jika Dibaca Pada Air Kemudian Diminum, InsyaAllah Akan Hilang Dukacitanya Dan Terpelihara Dari Terkejut . Jika Dilakukan Selalu, Insya Allah Akan Kuat Daya Ingatannya !"

Post a Comment

bh

loading...
'));

selection