iklan responsive
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya lalu beliau
bertanya ( teka-Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan
diri kita didunia ini?”
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling dekat
dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa
setiap yang bernyawa
pasti akan mati ( Surah ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di
dunia ini ?
Murid 1 = ” Negeri Cina ”
Murid 2 = ” Bulan”
Murid 3 = ” Matahari ”
Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita, tetap kita tidak
akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu
kita harus menjaga hari
ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama”.
Imam Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini
?”
Murid 1 = ” Gunung ”
Murid 2 = ” Matahari ”
Murid 3 = ” Bumi ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang
besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus
hati-hati dengan
nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke
neraka.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia?”
Murid 1 = ” Baja ”
Murid 2 = ” Besi ”
Murid 3 = ” Gajah ”
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling
berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung,dan malaikat semua
tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal
memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini
?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin ”
Murid 3 = ” Debu ”
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi
yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali
didunia ini”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang ”
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam
sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia
dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya
sendiri “
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Teka-Teki Dari Imam Al-Ghazali"
Post a Comment