iklan responsive
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur
diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata,
perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan
Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat
5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
“Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan
hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca
Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali
membaca Al-Qur’an seluruhnya.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
“Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan
sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan
dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun
akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta
segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam
semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan
dosanya.”
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan
terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat
dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka
yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada setiap malam, insya’Allah tidak
akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan
beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali
setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang
banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu
bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat
35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga
kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri
mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang
tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan
umurnya.”
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak
1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan
kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak
hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam
tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka
bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari
syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang
mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati
dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk
mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan
membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya.
Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari
azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri
kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur,
khatamlah dulu Al-Qur’an.”
Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya
tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.”
Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut,
Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3
kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada
Saidina Ali r.a.,
“Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia
hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah
memelihara rumahnya sampai ia kembali.”
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
“Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih
atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati
yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam
gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari
kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan :
“Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila
hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh
dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau
manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali
selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan
godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan
kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.”
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114)
dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali
disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam
golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon
perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan
manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
Sumber: UTM
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "10 Surah Yang Amat Mujarab Untuk Diamalkan"
Post a Comment