iklan responsive
Apa yang menjadikan kita gagal mengajar kecil anak
solat?
Masalah yang paling kronik? Kaedah yang lemah.
Ini bukan sahaja membuatkan anak kecil semakin sukar
belajar solat, malah menyebabkan mereka beranggapan solat adalah satu perkara
yang membosankan.
Anak Masih Terlalu Kecil Untuk Solat?
Anak-anak selayaknya sudah boleh diajar seawal umur
dua atau tiga tahun.
Jika seorang anak sudah mengetahui dan dapat
membezakan tangan kanan dan kirinya, maka perintahkanlah dia untuk mengerjakan
solat
[Riwayat ath-Thabarani)
Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah
yang sukar.
Apatah lagi untuk solat dengan sempurna. Tetapi
semakin sukar sesuatu amanah, semakin besar ganjarannya.
Mendidik anak kecil solat bukanlah satu proses yang
sukar, jika kaedah kita betul. Malah mereka akan tertunggu-tunggu untuk solat
dengan anda.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Membina disiplin bukanlah sesuatu yang mudah.
Artikel ini, saya akan berkongsi 12 tips mudah tapi
berkesan untuk mengajar anak kecil solat tanpa perlu paksaan.
12
Tips Berkesan Mengajar Anak Kecil Solat Dengan Mudah
1.
Selalu Solat Depan Anak
Ibu bapa adalah model terbaik dalam apa-apa jua
perkara pada mata anak-anak.
Mereka akan menyerap dan meniru secara tidak
langsung setiap apa yang lakukan ibu bapa mereka. Oleh itu gunakan kelebihan
ini dalam mengajar anak kecil solat.
Solatlah di tempat yang sentiasa dapat dilihat oleh
anak. Contohnya ruang tamu.
Selalunya anak-anak kecil akan meniru gaya kita solat.
Itu adalah petanda yang bagus kerana mereka sudah berminat dan rasa ingin tahu
tentang solat.
2.
Ajak Anak Solat, Bukan Suruh..
Along, mari solat…”
Along, pergi solat!”
Anda perlu mengajak anak anda solat berjemaah
bersama-sama anda, bukan menyuruhnya bersolat sendirian.
Tidak perlu tunggu sehingga anak berumur 7 tahun
untuk mengajak mereka bersolat.
Walaupun anak baru berusia 2-3 tahun, ajak mereka
supaya solat disebelah kita. Pada waktu ini, bakat meniru mereka sangat hebat.
Lakukan secara konsisten setiap masa untuk mengajak
anak pada awal waktu.
Dengan cara ini kita menanamkan mindset supaya
mereka bersedia setiap kali masuk waktu solat.
Jika anak-anak sudah bersekolah, ajak anak solat
subuh bersama sebelum keluar bekerja atau menghantar anak ke sekolah.
3.
Minta laungkan Iqamah
Setiap kali solat berjamaah, minta anak untuk
melaungkan iqamah.
Mungkin mereka malu atau tidak tahu pada mulanya,
tetapi bimbinglah mereka untuk melaungkan iqamah dengan betul.
InsyaaAllah, ini bukan sahaja mengajar mereka untuk
berasa yakin, malah akan membuatkan mereka timbul rasa tanggungjawab setiap
kali solat.
Jika anda ada lebih dari seorang anak lelaki, anda
boleh gilirkan tugas untuk melaungkan iqamah.
4.
Dengarkan Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas
Kuatkan bacaan dalam solat supaya anak kita boleh
dengar.
Dengan cara ini, secara tidak langsung ia akan
membuatkan anak ingat surah-surah lazim yang sering kita bacakan.
Anak juga akan memahami bagaimana sebenarnya tertib
(langkah-langkah) dalam solat dilakukan.
5.
Bersalaman dan Peluk Lepas Solat
Penting untuk kita bersalaman dengan anak-anak
setelah selesai solat setiap kali.
Bersalam yang diikuti dengan pelukan dan ciuman
bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat memberi persepsi
positif kepada anak bahawa solat ini sebenarnya salah satu aktiviti untuk
berkasih sayang.
InsyaaAllah ia akan membuatkan anak rasa gembira dan
sentiasa menunggu waktu solat.
6.
Beri Pujian Untuk Setiap Perkara Positif
Jika anak menunjukkan kelakuan yang baik seperti
tekun dan tidak bermain-main masa solat, berikan mereka pujian.
Juga berikan pujian yang sewajarnya jika mereka
menunjukkan persediaan untuk solat seperti memakai telekung, memakai kopiah,
menghamparkan sejadah dan sebagainya.
Beritahu mereka cantik memakai telekung / kopiah dan
anda bangga mendapat anak yang soleh seperti mereka.
Dengan cara ini mereka akan rasa gembira dan semakin
tekun untuk solat.
7.
Ajar Wuduk Langkah-Demi-Langkah
Sebenarnya, cara mendidik anak kecil solat adalah
bermula dari wuduk.
Jika wuduk sempurna, insyaaAllah solat juga akan
sempurna.
Ajarkan anak mengambil wuduk yang sempurna. Bimbing
dia secara langkah demi langkah. Tampalkan poster wuduk bergambar dalam bilik
mereka.
Bersabarlah, mungkin perkara ini mengambil masa
untuk dilakukan dengan sempurna oleh anak.
Tetapi ia akan berbaloi jika mereka sudah pandai.
Perhatikan juga setiap kali dia mengambil wuduk dan
tegur secara terus jika dia melakukan kesilapan. Dengan cara ini, setiap
teguran akan kekal dalam kepala mereka.
Jangan serahkan perkara ini kepada guru agama
semata-mata.
8. Tazkirah Santai Selepas Solat
Ambil sedikit masa selepas solat untuk memberi
tazkirah kepada anak-anak.
Tidak perlu terlalu formal. Cukup dengan gaya
bersahaja dan menyentuh perkara-perkara asas seperti rukun solat, soal jawab
bacaan surah lazim, kisah nabi-nabi dan isu-isu semasa.
Pada waktu ini, jiwa anak-anak adalah lebih tenang.
Oleh itu ia adalah waktu terbaik untuk memberi
pengajaran kerana mereka akan lebih mudah untuk menyerap.
9.
Sentiasa Dekatkan Anak Dengan Azan
Ajarkan anak untuk menghormati azan.
Apabila terdengar azan dilaungkan, berhenti bercakap
dan beritahu anak supaya diam. Sebutkan cara menjawab azan dengan jelas supaya
anak juga boleh dengar.
Selepas itu, baca bersama-sama dengan anak doa
selepas azan.
Sentiasa praktikkan ini tidak kira dimana jua sama
ada di luar rumah atau di dalam kereta. Amalkan setiap kali mendengar azan.
Ini dapat memberi contoh kepada anak bagaimana untuk
menghormati azan, dan secara tidak langsung mengajarkan anak membaca sendiri
doa selepas azan.
Jika berkesempatan, ceritakan kepada anak apa tujuan
azan dan siapakah orang pertama yang melaungkan azan.
10.
Bawa Anak Ke Masjid
Adalah satu rahmat yang besar jika rumah anda
berdekatan dengan masjid.
Bawa anak anda ke masjid untuk solat berjamaah
bersama-sama. Ini bertujuan mendedahkan mereka dengan suasana solat berjamaah
dan menanamkan semangat cintakan masjid.
Jika anda sibuk, usahakan untuk mencari ruang masa
sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menghadiri masjid bersama anak-anak.
Mungkin anak-anak akan bermain-main dan bising,
tetapi salah satu kaedah mengawal anak adalah mengajak mereka solat disebelah.
Mungkin anda tidak dapat solat di saf hadapan,
tetapi ada dapat mengawal tingkahlaku anak-anak agar tidak mengganggu jamaah
lain.
InsyaAllah anak juga akan lebih tekun dan tidak
mudah terganggu dengan kawan-kawan lain.
11.
Tegur Kesilapan Anak
Selepas sesi berdoa, biasanya ia adalah waktu yang
sesuai untuk menegur kesilapan solat anak.
Mulakan dengan pujian.
Setiap kali ingin memperbetulkan sesuatu kesalahan,
tarik perhatian anak dengan puji mereka.
Ia bukan sahaja mengekalkan fokus anak, malah ia
adalah kaedah mendidik yang sangat setiap anak-anak.
Jadikan setiap kali sesi solat medan untuk bermesra,
bukan untuk tempat melepaskan kemarahan.
Ingat, mereka masih kecil. Jangan jadi ibu bapa
pemarah.
12.
Belikan Telekung atau Kopiah yang Cantik
Salah satu cara untuk meningkatkan mood anak adalah
membelikan mereka kelengkapan solat seperti sejadah, telekung dan kopiah. Lebih-lebih
lagi jika telekung atau kopiah itu cantik.
Dalam bab itu, berikan kebebasan kepada anak untuk
memilih apa yang dia berkenan.
“Wah! Cantiknya adik pakai telekung untuk solat.”
Puji mereka agar mereka semakin bersemangat.
Dimana nak cari telekung cantik dan selesa untuk si
comel?
Saya cadangkan tuan puan dapatkan telekung
kanak-kanak Rania kerana ia diperbuat daripada material Lycra lembut dan tidak
terlalu tebal.
InsyaaAllah usaha mendidik anak akan lebih senang
jika mereka dapat beribadah dalam pakaian kegemaran mereka sendiri.
Penutup:
Amalkan Doa Pelembut Hati Anak-Anak
Semakin anak anda membesar, anda tentu susah hati
apabila melihat anak anda liat untuk bersolat.
Disuruh beberapa kali, masih tidak berganjak. Terus
bertenggek di hadapan televisyen atau ipad.
Cuba amalkan doa dari Surah Ibrahim ayat 40 setiap
kali selepas solat dan sebelum tidur iaitu dihembuskan di umbun-umbun mereka.
(40) رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan
kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Solat adalah modul latihan yang paling ampuh bagi
membina kekuatan jiwa, mental dan iman anak-anak.
InsyaaAllah, jika anak-anak dilatih solat sejak
kecil, mereka tidak akan berasa kekok untuk mengutamakan solat apabila semakin
besar.
Pahala kerajinan anak-anak bersolat, akan turut
melimpah kepada ibu bapa yang gigih melatih anaknya itu bersolat.
Maka usah bertangguh lagi dalam mendidik anak anda
bersolat.
Selamat menunaikan amanah menjinakkan anak-anak
dengan solat!
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "12 Tips Berkesan Mengajar Anak Kecil Solat Dengan Mudah (Tanpa Paksaan)"
Post a Comment