iklan responsive
Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk
dikelilingi oleh para sahabat, datang seorang lelaki dari bani Salmah. Sebaik
sahaja masuk ke majlis itu, dia bertanya kepada Baginda dengan penuh hormatnya:
“Ya Rasullah, masih bolehkah aku berbuat baik
terhadap ibu bapaku yang telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup aku
telah berbuat baik terhadap mereka mengikut keupayaanku. Aku sentiasa berfikir
apakah yang boleh aku lakukan setelah mereka sudah tiada.”
Lalu Rasulullah SAW menjawab;
“Ya, sudah tentu kau dapat lakukan sesuatu.
Sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapamu, mohon keampunan untuk keduanya,
laksanakanlah wasiat mereka dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang
kedua ibu bapamu lakukan, serta muliakanlah teman kedua ibu bapamu.”
Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari
Rasulullah SAW itu mereka terdiam, tetapi di wajah mereka terbayang
kegembiraan. Namun, lelaki yang bertanya tadi masih belum faham akan jawapan
Rasulullah SAW, lantas dia meminta Baginda menerangkan sekali lagi.
Rasulullah SAW tersenyum mendengar kata-kata lelaki
itu lantas baginda pun bersabda;
“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka
putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu: Sedekah yang ditinggalkan semasa
hidup, ilmu yang di menfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu
bapanya.”
Hadis Riwayat Luqman Hakim
Seorang anak yang baik boleh melakukan pelbagai
kebaikan lain untuk membantu ibu bapanya yang telah meninggal dunia dengan
ikhtiar dan usaha seperti;
#1- Banyakkan Bersedekah
Pelbagai sedekah boleh dilakukan, terutama sedekah
jariah seperti derma kepada pembinaa masjid, mewakafkan tanah untuk tapak
perkuburan, derma pakaian kepada rumah anak yatim.
Selalulah sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas,
surah al-Falaq, surah an-nas dan ayat-ayat al-Quran yang lain dan sebaiknya
dibaca sendiri oleh anak-anak mereka. Selain itu, lakukanlah upah haji untuk
mereka (niat haji untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia).
#2-
Selesaikan Hutang-Hutang Mereka
Jika semasa hidupnya ibu bapa pernah berhutang,
berusahalah untuk membayar semua hutang itu, seperti hutang dengan bank,
ansuran keretadan lain-lain pinjaman.
Manakala hutang dengan Allah SWT adalah anzar yang
penah dilakukan oleh arwah, ni termasuklah fidyah meninggalkan puasa. Selain
itu, tunaikanlah wasiat dan janji yang tidak sempat dilakukan semasa mereka
hidup.
#3- Melakukan Amal Soleh
Sebagai anak yang soleh, jauhkan diri dari emlakukan
perkara-perkara yang dilarang oelh Allh SWT, seperti maksiat dan tidak menutup
aurat.
Elakkan bergaduh sesama adik beradik kerana
berebutkan harta pusaka, sebaliknya banyakkan beramal soleh dengan berbuat
kebaikan dan tuntutan agama. Ini kerana segala kebaikan ini akan memberikan
saham kepada ibu bapa di alam barzakh sana.
#4- Menjaga Silaturahim Dengan Keluarga Dan
Sababat Baik Mereka
Salah satu cara lain untuk berbakti kepada orang tua
yang sudah meninggal adalah menjaga silaturahim, menghormati dan membantu
keluarga, dan para sahabat mereka. Dalam hadis Rasulullah bersabda;
“Sesungguhnya suatu hal yang paling berbakti ialah
silaturahim seorang anak kepada kerabat yang mencintai ayahnya”.
Hadis Riwayat Muslim
Ini kerana, menghormati mereka beerti kita
menghormati kedua orang tua kita.
#5- Menziarahi Kubur Mereka
Berziarahlah ke kubur mereka sambil berdoa dan
membacakan surah Yassin, selain membersihkan kawasan tersebut. Dengan
menziarahi kubur juga membuatkan kita sentiasa mengingati kematian yang
semestinya akan dilalui oleh setiap makhluk Allah.
Meskipun kedua orang tua kita sudah meninggal, kita
seharusnya tetap berbakti kepada mereka dengan cara melakukan cara-cara di
atas, sebagai kewajibannya seorang anak yang soleh.
Sayangilah ibu bapa kita semasa masih hidup atau
sewaktu mereka telah meninggal dunia sekalipun. Sesungguhnya sangat besar jasa
mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan
sehinggalah mereka tiada. Allah jua yang membalasnya, al-Fatihah!
KONGSIKAN
ARTIKEL INI
Nabi
Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap
kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah
sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat
manafaat.
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "5 Amalan Jariah Anak-Anak Untuk Ibu Bapa Yang Telah Pergi"
Post a Comment