iklan responsive
Setiap kejadian alam mempunyai dua makna, yang
tersurat dan tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh memahami kedua-dua
maknanya. Ini termasuklah dalam perkara mengenai kucing.
Apakah makna yang tersirat jika kucing datang kepada
kita? Apakah yang cuba disampaikan Tuhan kepada kita? Mari kita renungkan
bersama.
Tanda #1 – Bahagian Kucing
Selalu terjadi apabila kita duduk di warung sambil
makan, pasti ada kucing jalanan yang menagih simpati. Perutnya yang lapar
siapalah yang sudi memberi. Ya, kucing itu mungkin nampak kotor dan comot.
Namun siapakah kita untuk memandang jelik makhluk Allah SWT itu?
Kehadiran kucing itu menyampaikan pesanan yang jelas
dari Tuhan. Percayalah, dalam ketika kita enak menjamu selera mungkin kita
terlupa mensyukuri nikmat Tuhan.
Maka kerana itu Allah SWT menghantar kucing kepada
kita agar kita sentiasa beringat bahawa setiap rezeki yang dikurniakan itu
bukan 100% milik mutlak kita.
Sebahagiannya milik orang lain atau makhluk lain.
Kali ini, milik sang kucing jalanan. Maka berbagilah rezeki itu juga kepadanya.
Semoga dengan memberi, kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
Tanda #2 – 10 Kali Ganda Kebaikan/Ganjaran
Sesungguhnya sedekah itu ada dalam pelbagai bentuk
dan rupa. Inilah antara rahsia-rahsia kebijaksanaan Allah SWT. Apabila kucing
datang kepada kita dan meminta sedikit rezeki lalu kita menghulurkan kepadanya,
maka kita telah berbuat kebaikan kepadanya.
Bersedialah untuk menerima 10 kali ganda kebaikan
dan ganjaran dari Tuhan sebagai balasan pada perbuatan baik tersebut. Itu
janji-Nya kepada mereka yang bermurah hati menyantuni makhluk yang lain.
Tersenyumlah kawan kerana kehadiran kucing kepada
kita ketika itu membawa maksud bahawa Allah SWT telah menyediakan 10 kali ganda
rezeki yang jauh lebih baik untuk kita bagi menggantikan bahagian rezeki yang
bakal diberikan kepada kucing.
Tidakkah kita sangat gembira apabila menerima hadiah
yang indah? Maka apabila Tuhan semesta alam sendiri yang memilih untuk
memberikan kita hadiah yang 10 kali ganda jauh lebih baik, bukankah itu suatu
yang mengujakan?
Tanda #3 – Belajar Ikhlas
Allah SWT membimbing dan mendidik manusia melalui
kehidupan dan alam. Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing
kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas.
Kenapa ikhlas? Adakah kucing itu mempunyai wang
ringgit bagi membalas kebaikan yang diberikan? Mampukah kucing itu meninggikan
darjat dan memberikan pangkat kepada orang yang memberinya makan?
Tentu sekali tidak. Maka tanpa apa-apa balasan yang
dapat diharapkan dari kucing, tindakan yang tetap terus berbuat kebajikan
kepadanya akan mendidik jiwa kita untuk menjadi manusia yang ikhlas.
Ikhlas dalam berbuat kebaikan sebagai khalifah yang
terpilih atas muka bumi Tuhan dan ikhlas untuk tetap terus istiqamah
mengamalkan kemanusiaan. Terimalah pendidikan percuma dari Tuhan ini dan
usahalah untuk berjaya menguasai pembelajarannya.
Tanda #4 – Belajar Ihsan
Kadangkala kucing yang mendekati kita itu mungkin
jengkel ulah lakunya. Boleh jadi naik geram kita dibuatnya. Apabila situasi ini
yang terjadi maka beringatlah bahawa Allah swt menghantar kucing itu sebenarnya
untuk menguji kita.
Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang
dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita
menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain? Jangan pernah
terlupa tentang amanah sebagai khalifah terpilih yang ditugaskan melaksanakan
yang hak.
Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan
kita kepada sesama makhluk. Sedarlah apabila kucing datang meminta makanan
misalnya, kucing itu tidak minta ikan yang baru digoreng. Kucing itu tidak
minta pinggan yang cantik untuk dihidang makanannya. Kucing itu tidak diminta
mulutnya dilap cermat dengan tisu selepas makan. Kucing itu tidak mengharap
layanan 5 bintang.
Cuma yang diminta adalah sisa makanan barang sedikit
sebanyak yang tidak habis untuknya makan. Apabila nakal perangainya dan rimas
rayuannya, sabarkah kita melayannya?
Ingatkah kita bahawa Tuhan sentiasa melihat dan
mengawasi setiap tindak tanduk mahupun lintasan hati kita terhadap kejadian dan
makhlukNya dalam emosi kita?
Inilah ilmu ihsan. Ilmu tentang mampu mengingati
Tuhan dalam setiap kata-kata, tindakan, fikiran mahupun emosi. Ilmu tentang
melakukan sesuatu dengan ingatan kuat bahawa Tuhan sentiasa melihat dan sangat
hampir. Tiada satu pun dapat bersembunyi dariNya.
Malu kita pada Tuhan apabila apa yang dilakukan kita
sehari-harian bukan seperti perintahNya malah kita gagal menjauhi laranganNya
dalam beradab dengan sesama makhluk.
Tanda #5 – Kurniaan Rezeki yang Berpanjangan
Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah
kita? Tanpa segan silu kucing itu mengisytiharkan dirinya sebagai sebahagian
dari keluarga kita. Lalu dia turut bertindak seperti penghuni tetap di rumah
itu. Disuruh pergi namun tetap tegar kembali.
Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan
kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Dari manakah datangnya rezeki
ini?
Apabila kucing itu tinggal tetap, ini bermakna
peluang bersedekah melalui asbab kucing itu telah dibuka setiap hari untuk
kita. Sedekah yang berterusan mengundang rahmat Allah swt yang menjadikan
rezeki melimpah ruah seperti hadith berikut:
Nabi saw bersabda kepada Zubair bin al Awwam: “Hai
Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim
oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang
lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya
Allah menyedikitkan baginya.”
Hadis Riwayat al-Daruquthni dari Anas ra
Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak
kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah telah
diperuntukkan Allah swt untuk kita.
Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya
segala rezeki ini lewat keikhlasan kita dan doa dari kucing itu untuk tuan
rumahnya.
Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik
sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari
perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada
turunnya rezeki di dalam hidup kita.
Ya, rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda
tapi turut dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan,
ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat. Jika pintu rezeki
di’meow’ di hadapan kita, terimalah dengan redha kehadirannya.
KONGSIKAN ARTIKEL INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku
walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan
artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai
yang akan mendapat manafaat.
Kredit : tazkirah.net
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "5 Tanda Kucing Datang Kepada Kita"
Post a Comment