iklan responsive
Pergi check in kat hospital siap snap gambar ayat berbunga
sedih sendu bagai mengalahkan sinetron suruh doakan
anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak
beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam manja
je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status
fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu
Kedua :
Snap gambar anak dalam rumah dengan caption ‘Alahai
anak mama ni bla bla bla..’.. Padahal nak tunjuk sofa, tv, perabot baru atau
objek lain latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak buat macam tu orang tak tahu
kan?.. nak jemput semua orang datang rumah pun setahun sekali je.. Lambat.. hmm
Ketiga :
Syukur tak henti-henti.. ‘Alhamdulillah rezeki yang
semakin melimpah ruah, makin masyuk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini..
Padahal nak orang tahu betapa kayanya dan mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak
ada pun)
Kalau ikhlas nak bersyukur, terus sujud atas tikar
sejadah kepada Allah swt.. Jadikan amalan sedekah berterusan supaya dilipat
gandakan rezeki.. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui..
Tak perlu guna facebook bagai sebagai orang tengah!
Keempat :
Tangkap gambar dalam kereta.. Eh pastinya nampak
stereng sekali.. Caption, biasalah.. ‘Ala jam la jalan’.. ‘Good morning
semua’.. ‘Letih la hari ni’.. bla bla bla.. Padahal, motifnya nak tunjuk
lambang kereta tu yang penting.. Hello! pak cik dan mak cik yang pakai
Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat gitu tau..
Kelima :
Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf shopping
mall.. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan
stress’ atau ‘ahh hari-hari shopping habislah duit I’.. atau ‘Hmm, I kalau
bershopping macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha.. kelakarkan?’…
sebenarnya nak beritahu aku mampu beli barangan jenama Gucci,Prada,Louis
Vuitton dan sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag dan tanda harga lagi
tau.. kau ado?!
Keenam :
Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan anak-anak..
24/7 updatepasal anak dia.. anak dia lah yang paling cerdik, anak dia lah yang
paling comel, anak dia pandai buat tu pandai buat ni.. Macam orang lain tak ada
anak.. tak pun sibuk update pasal suami dia yang tercinta..
Suami dia yang paling kaya, Suami dia yang paling
penyayang, selalu tolong kemas rumah, jaga anak.. ‘Bersyukur dapat suami soleh,
penyayang, rajin.. love abang’.. Nak keluar urat perut aku baca
status..bblluuwerrkk.. Hmm.. memanglah itu facebook awak, tapi awak bukan Kate
Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun setiap inci hal
rumahtangga awak..
Akhir sekali :
Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic sendiri..
Biasalah mulut muncung kedepan, herot kiri kana, dengan caption ‘mukaku tanpa
mekap’… ‘mata panda letih tak cukup tidur’..bla bla bla… dengan harapan adalah
orang lain komen.. ‘eh u still nampak comel lah’..’nampak muda dari umur
sebenar’.. etc etc.. hmm Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil
Maka hindarilah dari bersifat riak!
Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang,
yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al
Maun : ayat 4-6)
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman
maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu
batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan
hartanya kerana riak manusia.”
Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah
perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian atau
penghormatan daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan dengan kehendak
islam yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan solehah beramal atau
melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredaan
Allah swt.
Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus
bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang
mengamalkannya..
sumber: teabeng.com
Sumber: tazkirahilmuislam.blogsport
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "7 Contoh Riak Yang Selalu Dibuat Di Media Social. Nombor Tiga Paling Ketara Sekali"
Post a Comment