iklan responsive
8 sebab utama mengapa wanita yang bertudung itu
lebih baik...
1. Tuntutan Agama
Putri Rasulullah menanyakan apa yang dilihat
ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya
mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya." Fatimah Az-Zahra kemudia
menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? "Wahai putriku, adapun
mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang
tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan
muhrimnya."
2. Mengurangkan dosa
Sehelai rambut yang diperlihatkan kepada lelaki yang
bukan muhrim, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut SENGAJA diperlihatkan
kepada 10 lelaki bukan muhrim, maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu
helai rambut anda?! Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap
hari?!
3. Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa,
cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakain tudung. Kepala yang sihat dan
selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak membuatkan otak dapat
berfikir dengan cepat dan baik.
4. Tidak membazir
Tidak perlu pening kepala membazirkan masa nak
luruskan rambut, warnakan rambut, beli segala rawatan untuk menjadikan rambut
kelihatan cantik.
5. Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak
lebih sopan dan manis. Maka anda mempunyai 'nilai tambahan' di situ.
6. Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran
ultra-ungu (UV) akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung,
hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.
7. Menjadikan diri anda 'mahal'
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung
ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana
kedudukannya di puncak pokok berbanding epal yang lain.
8. Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai. Setiap tutur
katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda
begitu dikagumi.
Perlu diingatkan bahawa bertudung mestilah
berlandaskan tuntutan agama. Bertudung bukanlah satu fesyen terkini, tetapi
merupakan suruhan Allah kepada wanita dalam menutup aurat.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "8 sebab utama mengapa wanita yang bertudung itu lebih baik..."
Post a Comment