iklan responsive
1. Zikir atau doa Nabi Yunus
[:]Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari
untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita: LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA
INNIKUMTUM MINADZOLIMIN. Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan
insyaa Allah dipermudahkan segala urusan.
[:]Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insya Allah
segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga
menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. Sesiapa yang susah hati, tekena
buatan atau apa penyakit sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.
[:]Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat
keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. Setelah beberapa
saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat kaum yang beriman. Ia pun
disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya
mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.
[:]Doa ini afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik
saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT.
Insya Allah, makbul. Kan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
2. Zikir-zikir yang boleh diamalkan untuk keluar
dari masalah atau kesulitan hidup
[:]Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah
sebanyak 21 kali.
[:]Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki
tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa.
[:]Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari
contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah
anak yatim atau tahfiz.
[:]Jangan kedekut nak belanja orang makan.
[:]Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan
kecemasan. Jangan belanja semua.
[:]Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain
supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita.
[:]Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita
sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.
[:]Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa
diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.
Semoga perkongsian tentang amalan doa Nabi Yunus di
atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk keluar dari
kesulitan hidup. Jangan berputus asa sehingga kita mencapai kecemerlangan dalam
setiap perbuatan yang dilakukan.
Semoga berjaya. Dipersilakan Share
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "DOA NABI YUNUS, AMALKAN AGAR BEBAS DARI KESULITAN HIDUP CARA KELUAR DARI KESULITAN HIDUP"
Post a Comment