iklan responsive
Nabi SAW dah pesan, kalaulah kita tahu besar mana
dosa orang yang lintas depan orang yang tengah solat, 40 tahun pun kita sanggup
tunggu sampai dia habis solat untuk lalu sebab punya takutnya kita pada dosa
yang besar itu. ๐ฃ๐ฃ
Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba
ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap
berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia
biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan
solat.
Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua
yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya
bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan
seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan โpenghadangโ khusus
di depannya ketika solat sunat seorang diri.
Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut
dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-
ูู ููุนูููู
ู ุงููู
ูุงุฑูู ุจูู ููุฏููู ุงููู
ูุตููููู ู
ูุงุฐูุง ุนููู
ููููุงูู ุฃููู ูููููู ุฃูุฑูุจูุนูููู ุฎูููุฑูุง ูู ู
ู ุฃููู ููู
ูุฑูู ุจูู ููุฏููููู ูุงู ุฃุจู
ุงููููุถูุฑู ููุง ุฃูุฏูุฑูู ุฃูููุงูู ุฃูุฑูุจูุนูููู ููููู
ูุง ุฃู ุดูููุฑูุง ุฃู ุณูููุฉู
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan
orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan
orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu
di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi
menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahunโ ( Riwayat Al-Bukhari)
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu
dihadapan orang solat :-
ุฅุฐุง ุตูู ุฃุญุฏูู
ุฅูู ุดูููุกู ููุณูุชูุฑููู ู
ู ุงููุงุณ ููุฃูุฑูุงุฏู
ุฃูุญูุฏู ุฃููู ููุฌูุชูุงุฒู ุจูู ููุฏููููู ููููููุฏูููุนููู ููุฅููู ุฃูุจูู ููููููููุงุชููููู ููุฅููููู
ูุง
ูู ุดูููุทูุงูู
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan
mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin
mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin
menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia
adalah Syaitanโ ( Riwayat Al-Bukhari) [2]
Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita
meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana
melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu
juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita
menunaikan solat.
Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa
melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang
yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah
s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat.
Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-
ูุฅุฐุง ุตููููููุชูู
ูููุง ุชููุชูููุชููุง , ูุฅูู ุงูููู ููููุตูุจู
ููุฌูููู ููููุฌููู ุนูุจูุฏููู ููู
ุตููุงุชููู ู
ูุง ูู
ู ูููุชูููุชู
Ertinya : โApabila kamu solat, janganlahkamu menoleh
(ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan
wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak
menoleh ke lainโ ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]
Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah
dan orang yang bersolat melintas. Secara langsung juga, individu itu juga
biadap kepada orang yang sedang solat.
Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini.
Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan
sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar
dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia.
Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.
Sekian Terima Kasih,Dipersilakan Share Jika
Bermanfaat Untuk Anda Semua.
Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "HUKUM MELINTAS DI DEPAN ORANG SEDANG SOLAT,KALAU TAK FAHAM HUKUM INI SIA SIA SAJA PERGI MASJID.!!!"
Post a Comment