iklan responsive
WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian
mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.
Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam
setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha
mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu
berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi
perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita
yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika
membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara,
Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang
mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki
tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya.” Tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang
lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran
tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,”
tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke
dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri
sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri
menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada
orang lain.
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia,
iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak
mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam
rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira,
seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di
dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau
langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut
kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan
tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur
sihir.
Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia
dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada
waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan
seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau
diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
“Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan
gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.” katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada
sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama
pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau
mendengar kata-kata suruhan tertentu.
Sumber : http://kingviralmillenium.com
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Inilah Ciri Ciri Mengapa Jin Suka Merasuk Manusia?? Inilah Puncanya!"
Post a Comment