iklan responsive
Berpindah ke rumah yang baru dibeli memang sangat
menyeronokkan. Rasa gembira dan bangga yang tidak terkira kerana dapat
menyediakan sebuah rumah untuk isteri dan anak-anak. Anak-anaklah orang yang
paling gembira saat ni.
Pun begitu jangan hanya fikirkan keseronokkan untuk
menghias semata-mata. Ada banyak perkara yang anda kena dahulukan untuk
pastikan keadaan rumah dalam keadaan baik.
Selain mencuci seluruh rumah hingga bersih terlebih
dahulu, enam perkara ini patut anda buat. Tak kira samada rumah baru, rumah
yang sudah lama ditinggalkan pun kena lakukan perkara yang sama.
1. Laungkan Azan
Langkah ni memang wajib buat. Laungkan azan ketika
pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama
ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah
s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu
terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni), ia pasti akan dimasuki sejenis
makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-‘Ammar), yang suka tinggal di rumah
yang tidak berpenghuni.
2. Baca Surah Al-Baqarah
Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan
anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam
rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari
sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan
rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari
rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
3. Solat dan Membaca Al-Quran
Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan
bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah
hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan
solat dan membaca Al-Quran didalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.
Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan
solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam
terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah
Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi
sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7
kali.
5. Pagar Rumah
Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan
rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan
bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insyaallah rumah akan dilindungi.
Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air
kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan
Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke
setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah
kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan
yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.
Sumber:keluarga.my
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Jangan Abaikan 5 Perkara Ni Kalau Nak Masuk Rumah Baru, Suami Wajib Buat"
Post a Comment