iklan responsive
Jika ada sesiapa di antara kita atau ahli keluarga
kita yang ditakdirkan nanti ditahan di wad hospital..Sebelum keluar dr hospital
bacalah ayat matsurath atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, dpn &
blkg sblm pulang ke rumah. Amalkanlah. Kita tak tahu apa yg mengikut kita
pulang. Yg mnjadi mangsa ialah anak2 kita
“Bila Aku Masuk Ke Dalam Wad, Tengok Kat Atas
Siling, Banyaknya Makhluk Merayap!” April 19, 2017
Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di
hospital. Ini dari kaca mata seorang yang sepet matanya.
Bila aku memasuki wad hospital, mata aku yang sepet
ini pasti akan memerhati sekeliling atas dan bawah sebab terlalu banyak
makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.Aku bukan bertujuan
menakutkan sesiapa, tetapi itulah pengalaman si mata sepet.
KES SATU*1⃣
Aku masuk ke wad kelas 3 Hospital Besar *****
******. Bila tengok ke atas siling, begitu banyak makhluk merayap. Ada mata
bulat, mata panjang, ada telinga panjang, ada muka menggerikan bagai. Mereka
seakan-akan menanti saatuntuk terjun ke bawah.
Di hujung pula, aku melihat seorang lelaki berjalan
sambil memegang kepalanya sendiri. Darah memancut keluar dari
tengkuknya.Jururawat dan doktor seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka.
Hanya aku yang kadang-kadang melihat di bawah katil
pesakit, mayat sedang tidur di bawahnya.Seorang kanak-kanak pula menarik tangan
ibunya sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada
anaknya.
Lain kali ibu-ibu yang ada anaknya seperti ini,
percayalah bahawa mereka dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat
dengan mata kasar.
KES DUA*2⃣
Aku melihat begitu ramai orang datang menziarahi
ahli keluarga mereka yang sakit pada waktu melawat. Seorang wanita kelihatan
jalannya begitu perlahan. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek dan
matanya kemerah-merahan.Bila aku ceritakan pada isteri, dia terus terdiam.Aku
terus baca ayat quran lalu aku hembus ke arah makhluk tersebut.
Makhluk itu terjatuh dan wanita tersebut terhoyong
hayang sebelum dipegang oleh keluarganya yang menyangka dia mahu pitam atau
tidak sihat.Makhluk itu tadi bangun dan mukanya kelihatan begitu marah.Dia tahu
siapa empunya angkara yang menyebabkan dia terjatuh.Matanya tepatmemandang ke
arah aku.
Aku baca ayat qursi dan hembus sekali lagi, terus
hilang.
“Laa, pasaipa abang pi hembus?
Sat lagi kecoh wad,”
Tegur isteri bila aku ceritakan semula kepadanya.Ada
betul juga katanya, aku hanya terdiam.Itulah sikap aku melihat sesiapa yang
bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan
kadang-kadang aku sendiri diserang bila tertidur.
KES TIGA*3⃣
Sedang aku melihat orang ramai mengelilingi seorang
lelaki,rupa-rupanya dia di ambang sakaratul maut.
Anak-anaksibuk dengan handphone, telefon sana
sini.Mungkin sedang memaklumkan kepada sanak saudara tentang perkhabaran
ayahmereka.
Yang paling sibuk ialah makhluk yang telinga
panjang, tanduk panjang sedang menganggu lelaki itu.Saat inilah kita harus
bisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kita ajarnya kalimat itu.
Bukan kita tengok dan kata pada ayah,“Ayah, mengucap
ayah. Mengucap…”sambil tersedu-sedu.Kalau kita sayang mereka, kita bantu mereka
saat ini.
Pedulikan handphone, bisikkan di telinganya Laaila
haillallah. Saat itu matanya hanya memandang ke atas. Dia diganggu sebenarnya.
Kalau kita sayang ayah dan ibu ketika ketika saat
mereka hampir sampai tak kisah sama ada anak-anak lelaki atau perempuan,
ajarlah kepada ibu bapa anda. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya
melihat dan menangis.
Kadang-kadang kalau aku ziarah, aku akan nasihatkan
dan ajar anak-anak tentang kalimah ini. Biarlah mereka akhiri dengan penyudah
yang baik.
KES EMPAT*4⃣
Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat
kematian ibu.Aku melihat ada beberapa makhluk sedang berdiri berhampiran peti
mayat. Cuma aku tidak pasti adakah peti itu kepunyaan mereka.
Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak
pada manusia.Ada juga yang berwajah hodoh rupanya muka pecah, lidah terjelir
keluar. Cepat-cepat aku jumpa yang mengeluarkan surat dan terus pergi ke
pejabatnya.
KES LIMA*5⃣
Aku masuk ke wad jantung sewaktu ziarah ibu
mertuaku.Seorang jururawat begitu tekun membantu pesakit.
Tapi tanpa dia sedar dia diekori sesuatu. Wanita
berambut panjang berjalan mengikutnya dari belakang.
Kemana saja jururawat itu pergi, dia akan
ikut.Matanya hanya pandang ke bawah saja.Sesekali rambutnya akan tersangkut
atasbahu jururawat dan aku melihat jururawat itu menguis seolah-olahnya gatal.
Aku hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa-apa terhadap jururawat
berkenaan. Biasalah kalau bertugas di hospital.Sebab itu paling bagus kita
amalkan ayat al Matsurat.
Sebelum keluar dari hospital kita baca ayat matsurat
atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, depan dan belakang sebelum pulang
ke rumah. Amalkanlah.
Kita tak tahu apa yang mengikut kita pulang. Yang
menjadi mangsa ialah anak-anak kita.
kredit : islamagamakami
Share dan tag kwn2
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Jika Ada Sesiapa Di Antara Kita Atau Ahli Keluarga Kita Yang Ditakdirkan Nanti Ditahan Di Wad Hospital.Sebelum Keluar . Bacalah Ayat-ayat Suci Al-Quran Ini Lalu Hembus Kiri, kanan, Depan Dan Belakang Sebelum Pulang ! Ini 5 Kes Yang BENAR Terjadi !!"
Post a Comment