iklan responsive
Soalan : Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib
atau sunat) yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana dengan
solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya
bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?
Jawapan:
Firman Allah SWT:
إِنَّ
ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu
ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu
waktunya.
(Surah al-Nisa: 103)
Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi
kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan.
Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka
dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh
al-Manhajimenyebut: Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya
atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama
Islam.
Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan
tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan
solat. Jika dia terus mengingkarinya, dia akan dihukum bunuh sebagai seorang
murtad dan mayatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.
Juga tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan
lagi di kalangan mereka.
Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas
tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya
mengqada’kan solat dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya. Jika masih
ingkar untuk mengqada’nya, maka dia wajib dihukum bunuh mengikut hukuman yang
disyariatkan atas orang Islam yang melakukan maksiat. Hal ini kerana hukuman ke
atas orang yang meninggalkan perkara fardhu adalah wajib diperangi tetapi
selepas dibunuh dia masih dianggap seorang Islam. Oleh itu, jenazahnya,
pengebumian dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.
Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang
masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan
walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa. Ini kerana hutang Allah SWT
lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil
baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara
beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Mereka
hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin
supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan.
Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan
Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:
لَا
يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah al-Baqarah: 286)
Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat,
seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu
tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan
Rasulullah SAW.
Akhukum fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
CARA MENGQADA SOLAT
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat
yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu
qada solat yang sengaja ditinggalkan.
Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja
kerana lalai semasa “muda-muda dulu”.
Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan
bertaubat sahaja.
Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana
Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda
tidak tertidur atau terlupa.
Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak
perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar
waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya
tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w.
lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda
menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)
Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula
Ialah :
1. Solat Maghrib
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’
kerana Allah Ta’ala”
2. Solat Isyak
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’
kerana Allah Ta’ala”
3. Solat Subuh
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’
kerana Allah Ta’ala”
4. Solat Zuhur
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’
kerana Allah Ta’ala”
5. Solat Asar
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’
kerana Allah Ta’ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat
(sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak
waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup
dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal.
Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana
dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang
telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail
berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah
anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin
solat itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat
fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.
Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan
meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat
taubat ) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua
solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah
benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat
taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah,
insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh
dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga
perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada
Allah SWT.
Wallahualam.Kongsikan,semoga bermanfaat.
Sumber: Mufti
Wilayah Persekutuan
Kredit: islam agama kami
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Jika Anda Pernah Meninggalkan Solat Sejak Aqil Baligh, Ini Yang WAJIB Anda Lakukan Sebelum Terlambat"
Post a Comment