iklan responsive
Bagaimana Michael yang berusia 29 tahun dari Belanda
bertemu pertama kali dengan Adin Lubis, 22 tahun ini?
Hubungan antara agama yang berbeza sentiasa amat
sukar untuk dikekalkan kerana perbezaan besar antara budaya, agama dan gaya
hidup antara pasangan itu.
Namun, berlainan bagi pasangan ini yang berjaya
membuktikan sebaliknya. Tetapi bagaimana Michael yang berusia 29 tahun dari
Belanda bertemu pertama kali dengan Adin Lubis, 22 tahun dari Indonesia?
Michael berkongsi kisahnya pertama kali bertemu Adin
ketika beliau sedang mengembara di sekitar Asia Tenggara.
Ketika mengembara di Asia Tenggara, saya fikir
adalah lebih baik untuk menghabiskan bulan Ramadan dengan keluarga Muslim
tempatan. Selepas menghabiskan masa di media sosial, saya menjumpai Adin dan
mula menghantar mesej kepadanya.
Apa yang mengejutkan saya ialah dia menjemput saya
untuk tinggal selama 3 hari bersama keluarganya di Medan, Indonesia sempena
bulan Ramadan.
Tapi sebaliknya berlaku, saya tidak tinggal selama 3
hari, malah ianya menjadi selama 3 minggu dan itulah bagaimana kisah kami
bermula.”
Michael juga menambah walaupun jurang budaya itu
sangat besar tapi mereka tidak mempunyai sebarang masalah dalam perkahwinan
mereka.
“Saya cintakan dia kerana dia Adin dan dia cintakan
saya kerana saya Michael. Bangsa, warna kulit dan tempat dimana kita membesar
tidak mempunyai apa-apa kaitan dengannya.
Hakikat bahawa kami datang dari budaya yang berbeza
sebenarnya adalah satu bonus yang sangat bagus! Kami mempunyai banyak benda
untuk ditunjukkan dan belajar antara satu sama lain. Dan tak lama lagi saya
harap dapat membesarkan anak kami dengan apa yang terbaik dari kedua-dua dunia”
Sebagai pengembara Michael tidak pernah tinggal di
hotel ataupun hostel. Dia menetapkan untuk tinggal bersama keluarga tempatan
dan dia telah berbuat sedemikian di lebih 60 buah negara!
“Kebanyakkan keluarga angkat saya yang berada di
Indonesia dan Malaysia adalah keluarga Islam. Mereka tidak pernah meminta saya
untuk tukar agama, tetapi mereka tunjukkan kepada saya cara hidup mereka.
Itulah yang membuatkan saya tertarik dan ingin
mengenal Islam secara lebih dekat. Saya membuat keputusan untuk mengambil kelas
tentang Islam di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur dan Jakarta.
“Walaupun ketika saya masih mengambil kelas-kelas
untuk mengenal Islam dengan lebih mendalam, guru-guru tidak pernah memaksa saya
untuk memeluk Islam. Setelah beberapa minggu berdiskusi, membaca al-quran dan
belajar cara mendirikan solat, saya sedar bahawa dengan memeluk Islam adalah
keputusan paling tepat dalam hidup saya.
Dan akhirnya Michael memeluk Islam. Michael dan Adin
ketika ini tinggal dan bekerja di Belgium.
kredit ; salam.my
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Lelaki Belanda Ini Mengembara Hampir 60 Negara, Bertemu Pasangan Hidup Dan Memeluk Islam Jadi Inspirasi Buat Netizen"
Post a Comment