iklan responsive
Sangat benarlah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam
” Kamu akan mengikuti cara hidup/ trend umat-umat
sebelum kamu sejengkal demi sejengkal ، sehasta demi sehasta hatta jikalau
mereka masuk ke lubang dhob ( biawak padang pasir) pun,kamu pasti turut akan
memasukinya.
Kita lihat baru-baru ini isu panama dance, satu
tarian daripada Amerika Latin cuba dibawa masuk dan dijadikan sebagai trending
buat masyarakat.
Hakikatnya ia bukan satu trend yang bagus yang perlu
ditiru oleh umat Islam, umat yang mengatakan agama Allah itu berada di tempat
tertinggi daripada segala agama lain. Tetapi malangnya, tarian sampah seperti
itu menjadi trending dikalangan masyarakat masa kini.
Tidak termasuk isu sosialnya yang bebas antara
lelaki dan wanita, tidak cukup dengan itu dirakam dan disebarkan video-video
tersebut.
Benarlah hadith nabi : ” Apabila kamu tidak ada
perasaan malu, maka buatlah sesuka hati kamu” ( HR Bukhari)
Inilah perasaan dan sikap malu yang sekarang sedang
dicabut secara perlahan-lahan daripada diri umat Islam.
Mereka begitu sensitif dengan trending “sampah”
daripada negara lain tetapi tidak sensitif dengan penyembelihan dan pembunuhan
beramai-ramai umat Islam dinegara-negara umat Islam masa kini.
Persoalannya, mengapakah ianya berlaku sedemikian?
Adakah kerana kejahilan masyarakat yang menganggap
apabila aurat telah ditutup, maka segala perbuatan lain dibolehkan, baik
menari, berjoget, menyanyi dan seumpamanya.
Ataupun, hakikatnya, masyarakat Islam mendambakan
para pemimpin yang terbaik tetapi malangnya mereka tiada rasa “izzah”, rasa
begitu bernilai tinggi dengan agama yang mereka anuti?
Ataupun dicabut rasa malu dalam diri-diri mereka oleh
Allah sendiri?
Allahul mustaan. ..
Kita tidak perlu menuding jari kepada sesiapa, buat
yang mengikut cara hidup barat, timur dan sebagainya, bertaubatlah kalian yang
melakukan perbuatan sedemikian dan ikutilah cara hidup Islam kerana Islam itu
sendiri eksklusif, tertinggi, hebat dan sempurna.
Buat para pendakwah, inilah tugas kita walaupun kita
tidak dapat menafikan kebenaran hadith Rasulullah, tetapi buatlah mengikut
kemampuan yang kita ada.
Kita menegur, bukan mencaci dan memaki. Kita menegur
kerana ianya amar makruf dan kerana sayangkan masyarakat. Kita menegur bukan
atas buruk sangka tetapi atas maksiat tersebut telah berlaku yang menyebabkan
ianya wajib ditegur.
Jikalau kita inginkan izzah dan kemuliaan Islam
tertegak, kita mesti tegakkan kemuliaan Islam itu didalam diri-diri kita.
Kurangkan bacaan picisan, kurangkan ceramah lawak
jenaka yang tiada ilmu di masjid-masjid dan tempat pengajian. Ajak masyarakat
kepada mendalami ilmu agama dengan berpandukan dalil kerana setiap mazhab, ada
usul dan dalilnya.
Jangan takut, siapa yang menyatakan mazhab Syafie
tiada dalil, mazhab Syafie,Maliki,Hanbali,Hanafi itu sendiri diasaskan atas
usul dan dalil.
Utamakan sunnah Rasulullah dan junjunglah ianya
setinggi-tingginya.
Mudah-mudahan ianya menjadi salah satu ilmu yang
bermanfaat. Teguran ini bukan bererti si penulis ialah orang yang terbaik, cuma
teguran ini diperlukan atas dasar amar makruf dan nahi munkar.
Wallahua’lam.
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "PANAMA CHALLENGE ; KEGILAAN APAKAH INI?"
Post a Comment