iklan responsive
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat
keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda –
(HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita
mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100
kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7
kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap
selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa
jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali
sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu
berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali
setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh
orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang
berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan
dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya
Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada
malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di
akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat
fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan
hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana
hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap
hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada
saat kita menghadap kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali
setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya
daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000
kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh
serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari
mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan
mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat
secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya
syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi
dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat
kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali
selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada
baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat
menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70
kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan
berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan
dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada
setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan
zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas
rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan
selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan
daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2
rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali
setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan
hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari,
diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat
kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari
kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku
10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani
Sumber: Dirihamba
Sumber: http://suaramedia.org
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "SUBHANALLAH!! INILAH 30 RAHSIA KEBAIKAN SELAWAT YANG KITA TIDAK SEDARI"
Post a Comment