iklan responsive
‘MakNyah’ Dah
lama saya fikirkan dan doakan teringin nak jumpa maknyah maknyah. Saya sayang
mereka kerana Allah. Sebak sebenarnya. Sebab satu perkara saya pegang sehingga
hari ini. Kita semua adalah sebuah keluarga. Nabi saw inginkan kebaikan dan
rahmat buat semua manusia..Nabi saw pimpin umat. Semua orang suci. Yang kotor
ialah dosa..jangan pernah benci orang kerana kesalahannya. Sayanginya dan
pimpin dengan rasa sayang..
Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Saya
cuma seorang cina yang sedang belajar mendekatkan diri pada Allah..
Dah lama saya ingin jumpa Qasrina Qas dan Ferl ini.
Bila malam-malam berdakwah dengan Harry Zulkifli saya ada kata padanya untuk
berjumpa dengan semua maknyah. Syukur harry hari-hari doa dan cuba sampaikan
perlahan-lahan. Teringin nak tumpang kebaikan mereka. Mereka semua baik dan
sama macam kita dahagakan kebaikan. Rindukan suasana bahagia, tenang dan dekat
pada Allah..Tetapi kadang-kadang kerana nafsu, perasaan, suasana hidup
membuatkan kita semakin jauh. Sesiapapun ada kelemahan..Kerana itu kita kita kena
bantu setiap orang…doakan mereka..dakwah dan doa..
Malam-malam saya berdoa menangis risau atas anak
muda remaja lumba motor seluruh Malaysia. Setiap highway penuh semua tak solat.
Remaja terbiar tidur dibawah jambatan dan tepi bangunan. Anak muda memenuhi
kelab malam. Bila ziarah jumpa mereka. Semuanya baik-baik. Dahagakan kebaikan.
Mula cakap air mata bergenang. Saya peluk dan suap mereka. Sebab tu saya berdoa
dapat buat program untuk setiap anak muda di Malaysia secara keseluruhan. Walau
saya tetap teruskan secara kecil-kecilan. Saya naik turun kementerian sana
sini. Tetapi belum rezeki..
‘Maknyah’ kita terpaksa akui memang dah lama dah dan
memang ramai. Di universiti kolej pun ramai. Saya sebagai individu benar-benar
sayang mereka kerana Allah. Malam tadi banyak kami share bersama. Sebak lak
rasa. Mendengar luahan hati mereka.Mereka sangat baik…saya pesan nak berubah
jadi lebih baik usahakan 3 ini. 1) Jaga solat fardhu awal waktu 2) Cari suasana
iman. Saya bercadang nak buat sesi perkongsian dengan maknyah dan buat program
santai 3hari 2malam dengan mereka. Santai-santai jer tapi dapat ilmu 3)
Sentiasa minta doa mak ayah. Kerana doa mereka makbul..
Mereka ceritakan nikmat bila mula jaga solat awal
waktu. Ferl,kata hidupnya berubah baru-baru ini semenjak dia jaga solat. Bangun
awal Subuh. Dia menangis. Harry pun begitu,yang mula-mula berubah dulu. Saya
suka sebab beliau selalu cerita pada saya betapa sayang pada semua kawan-kawan
dari dulu.. Semua yang baik datang bila mula jaga solat. Langkah pertama saya
nak bantu semua maknyah dapat jaga solat awal waktu dulu..melalui motivasi dan
kasih sayang..Qas, pula cerita hidupnya. Saya lak sebak. Katanya beliau cuma
inginkan kebaikan jer dalam hidup..
Baik sangat. Bila dapat suap makanan pada mereka.
Begitulah dulu orang yang dakwah saya. Suapkan saya. Selimutkan saya. Bantu
saya. Selesaikan masalah saya. Sentiasa ada untuk menasihati saya. Ambil berat
pasal saya. Kini dengan kasih hidup saya telah berubah..ingat mak saya kata.
Dulu ada orang sayang kita. Sekarang giliran kita sayang pada orang lain.
Doakan saya cuti sekolah ini saya ada buat kem untuk
anak-anak. Sesiapa nak anak remaja dibimbing oleh saya 3hari 2malam. 9 sehingga
17 tahun. Wasap 0173666848.
Doakan saya dan setiap insan diluar sana yer. Kita
sama-sama kerja keras membangunkan umat ini dengan pujuk rayu kasih sayang.
Malam kita Tahajud menangis pada Allah..-ebitlew Paramount Coffee House Vista
Alam Shah Alam
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Yang Kotor Ialah Dosa,Jangan Pernah Benci Orang Kerana Kesalahannya – Ebit Lew"
Post a Comment