iklan responsive
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa menghidupkan malam hari
raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada
hari matinya hati-hati.” (Riwayat Imam at-Thabrani daripada ‘Ubadah r.a.)
Amalan zikir berikut dipetik daripada kitab Jamik al-Fawaid
wa Jauhar al-Qola’id karangan asy-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, halaman
117:
AMALAN PERTAMA (dibaca 300 kali):
سُبْحَانَ
اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم
Barang siapa membaca pada malam hari raya fitrah 300 kali
kemudian dihadiahkan kepada kaum Muslimin yang telah meninggal dunia,
dimasukkan dalam tiap-tiap kubur mereka
1000 cahaya dan dijadikan dalam kuburnya nanti 1000 cahaya.
AMALAN KEDUA (dibaca 400 kali):
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ
وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهْ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ
عَلَىْ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Barang siapa membacanya pada tiap-tiap satu daripada dua
hari raya,
· Dikahwinkan
Allah dengan 400 orang Hurul Ain (bidadari).
· Seperti
memerdekakan 100 hamba.
· Malaikat
membuat baginya beberapa dusun dan ditanamkan beberapa pohon kayu sehingga Hari
Kiamat.
Nota: Menurut Imam az-Zuhri (wafat 124H), beliau tidak
pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada Anas r.a. manakala
Anas sendiri tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada
Rasulullah SAW.
* Bagi kedua-dua amalan, waktu mengamalkannya adalah antara
lepas Maghrib malam raya hingga didirikan solat sunat hari raya.
Risalah ini diperkemaskan daripada naskhah asal yang
diedarkan oleh Maahad
Raudhatul Ulum, Ulu Rening, Batang Kali serta
diperpanjangkan oleh
al-Fadhil Ustaz Azhar Hasyim dalam pengajian di kediaman
beliau di Subang
Bestari pada 12 Ogos 2012.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "MASHAALLAH!! AMALAN PADA MALAM HARI RAYA"
Post a Comment