4 Hal Ini di Pagi Hari Yang Harus Kita Lakukan Agar Rezeki Lancar



iklan responsive


4 Hal Ini di Pagi Hari Yang Harus Kita Lakukan Agar Rezeki Lancar

Solat Tahajud, Hal pertama yang mesti anda lakukan setiap pagi adalah solat Tahajud. Waktu terbaik untuk melakukan Solat Tahajud adalah sepertiga malam iaitu kurang lebih antara jam 2-3 pagi. Banyak keutamaan yang boleh anda dapatkan apabila rutin melakukan solat tahajud salah satunya adalah boleh memperlancar datangnya rezeki dipagi hari.

Rasulullah SAW bersabda :amalan di pagi hari, amalan orang islam, amalan agar rezeki lancar, amalan melancarkan rezeki, amalan memudahkan rezeki

“Ketika kalian tidur, setan membuat tiga ikatan di tengkuk kalian. Di setiap ikatan setan akan mengatakan ‘malam masih panjang, tidurlah !’ Jika ia bangun lalu berdzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan, kemudian jika ia berwudhu, lepas lagi ikatan berikutnya. Selanjutnya jika ia mengerjakan shalat, lepaslah ikatan yang terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya jadi kotor dan malas”. (HR Bukhari)

Membaca Doa Pagi Hari

Seperti yang sudah dijelaskan diatas bahawa untuk mendapatkan rezeki, tidak hanya dengan berusaha saja tetapi harus diselarikan dengan doa agar rezeki kita semakin lancar. Maka dari itu sebelum anda melakukan sesuatu atau menjalani aktiviti maka jangan lupa untuk selalu berdoa di pagi hari atau sesudah melakukan solat tahajud agar segala sesuatu yang anda kerjakan boleh lancar dan membawa rezeki untuk anda sendiri. Rasulullah SAW bersabda;

“Rabb kita Tabaraka Wa Taala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata ‘Siapa yang berdoa kepadaKu, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaKu, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun kepadaKu, pasti akan aku ampuni’”. (HR Bukhari dan Muslim)

Bersedekah di Pagi Hari

Sudah bukan rahsia lagi jika sedekah merupakan salah satu kunci untuk memperlancar rezeki, bahkan telah banyak orang yang merasakan manfaat bersedakah ini. Maka dari itu apabila anda ingin rezekinya lancar maka jangan lupa untuk bersedakah dipagi hari. Meskipun bersedekah boleh diwaktu bila pun namun akan lebih baik jika dilakukan dipagi hari. Rasulullah SAW bersabda;

“Tidaklah berlalu pagi di setiap hari kecuali ada dua malaikat yang turun dan berdoa “Ya Allah berikanlah ganti pada yang berinfaq” Sedangkan malaikat yang satunya berdoa “Ya Allah berikanlah kebangkrutan bagi yang enggan berinfaq” (HR Bukhari dan Muslim)

Melaksanakan Solat Dhuha

Kemudian terakhir adalah melakukan solat dhuha. Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dikerjakan dipagi hari iaitu antara jam 7 pagi sampai jam 11 pagi. Banyak keutamaan dari solat sunnah dhuha ini iaitu salah satunya boleh memperlancar rezeki. Rasulullah SAW bersabda;

“Engkau membersihkan sampah yang ada dalam Masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu) maka dua rakaat dhuha sudah mencukupimu”. (HR Abu Dawud)

Itulah 4 amalan dipagi hari yang boleh mendatangkan rezeki bagi anda, bahkan apabila dikerjakan rutin maka akan membuat rezeki anda menjadi lancar.



ikalan saiz 250




iklan adnow

0 Response to "4 Hal Ini di Pagi Hari Yang Harus Kita Lakukan Agar Rezeki Lancar"

Post a Comment

bh

loading...
'));

selection