iklan responsive
Belum sampai hujung bulan poket dah kering. Rezeki bagai tak lekat. Stress giler dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada je tak kena.
Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun
kadang-kadang ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus
merungut, apa kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak
lekat.
Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan
ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah
semakin bertambah.
1. Bayar Hutang
Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan.
Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh
tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira.
Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.
Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka
dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya,
kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit
kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang
kalau nak hidup senang.
2.Bagi Duit Pada Mak Ayah
Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit
pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan
ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita
dimurahkan rezeki.
Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan
jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana
mendapat keberkatan.
Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki
apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan.
Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.
Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi
pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas
bukannya menunjuk-nunjuk.
4.Buat Baik Pada Binatang
Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera
mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi
kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.
Jangan zalim dengan binatang, mereka juga
makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan
kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.
5.Solat Dhuha
Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan
untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten,
yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada
Allah.
Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan
kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah
melimpahkan nikmatnya pada kita.
Penulis : Intan Rohaizat Zakariya
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "5 Amalan Ini Punca Keberkatan Rezeki Tak Pernah Putus"
Post a Comment