iklan responsive
Berikut Adalah Cara Mandi Wajib Yang Betul, Kadang Ramai
Yang Salah Dalam Bab Mensucikan Diri
Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak
boleh dipandang ringan. Samada terkelur air mani, selepas bersetubuh atau
selepas haid atau nifas, cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Ini
kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira
juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air
tersebut ialah air mutlak.
Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan
ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan
untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu
dipelajari. Sumber rujukan cara mandi wajib ini didapati dari JAKIM.
Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki &
Perempuan.
#1. Niat ketika air sampai ke tubuh
#2. Membaca “Bismillah”
#3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
#4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
#5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan
sabun
#6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk
biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh
menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
#7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara
meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari
‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke
dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali
dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan
bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.
Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan,
kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub,
perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah
(R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan
haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu
(ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
#8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW
suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut,
ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
#9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
#10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.
Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja.
Cara kaedah mandi adalah sama.
Wallahu’alam
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Berikut Adalah Cara Mandi Wajib Yang Betul, Kadang Ramai Yang Salah Dalam Bab Mensucikan Diri"
Post a Comment