iklan responsive
Mencontohi Nabi Bukan Sekadar Serpihan,
Tetapi Perlu Dalam Semua Aspek Kehidupan Kita.
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah
s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan,
tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup
sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit,
tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun
menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang
menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe
nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum
Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara
berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya
mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk
merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis
atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat
serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi
setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”
(Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu
kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak
(tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda:
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam
iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi
selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan
jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti
mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu
meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak
kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai
tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah
terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah
iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita
duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada
syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan
serta menghilang kan gundah
di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang
mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja
keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya
kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku
dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi
mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri
kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada
hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi.
Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat
dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "BAGAIMANAKAH Cara Hidup Yang Diamalkan Rasulullah s.a.w yang Perlu Umat Islam Contohi?"
Post a Comment