iklan responsive
Solat adalah tanda pengabdian diri kita sebagai
seorang hamba kepada Allah Rabbul Jalil; Tuhan sekalian alam.
Tunduk, rukuk dan sujud kita menyembah kepada-Nya
semata-mata mengharapkan keredhaan dari-Nya.
Sungguhpun begitu, ada juga ‘makhluk-Nya’ yang
kurang senang dengan tindakan tersebut lantas mengambil peluang untuk
‘mencucuk’ dan menganggu mana-mana tempat di dalam solat agar ibadah yang kita
laksanakan itu tidak sempurna dan tidak khusyuk.
Ini kerana ‘dia’ telah bersumpah untuk menyesatkan
kaum Adam sepertimana firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“Kerana Engkau telah menghukumku tersesat, maka aku
benar-benar akan (menghalangi) mereka dari jalan yang lurus. Kemudian, aku akan
mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka.
Dan, Engkau tidak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).”
Surah al
A’raf : 16-17
Keterangan Lanjut
‘Dia’ itulah iblis dan syaitan laknatullah yang bersumpah
untuk menyesatkan kaum Adam sehingga hari kiamat.
Berikut adalah antara ‘cucukan’ atau gangguan yang
dilakukan oleh iblis ketika solat, antaranya;
#1 – Melambatkan Waktu Solat
Iblis serta syaitan akan berusaha untuk menghasut
dan membisikkan ke telinga anak Adam agar melambat-lambatkan waktu solat
sekalipun azan sudah lama dikumandangkan.
Tidak hairanlah jika kita pernah berasa berat untuk
melaksanakan ibadah ini sehinggalah ditunaikan pada saat-saat akhir. Mungkin
ketika itu, kita sudah ‘termakan’ dengan bisikan mereka.
#2 – Berasa Was-Was Ketika Berwuduk
Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim
dari Ubay bin Ka’ab bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;
“Sesungguhnya di dalam wuduk ada syaitan yang
dikenali dengan nama ‘al-Walhan’. Oleh itu. berhati-hatilah kalian dengannya.”
Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim
#3 – Berasa Mengantuk Dan Menguap
Tidak dinafikan perasaan ini biasa hadir tatkala
seseorang itu hendak mendirikan ibadah solat.
Apabila ia menguasai diri, secara tidak langsung
badan akan berasa lemah, tidak bermaya dan tidak bertenaga. Lantas, menganggu
khusyuk kita untuk meneruskan solat tersebut. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud;
“Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka
hendaklah ia mencegahnya selagi boleh.”
Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim
#4 – Terlupa Rakaat Dan Bacaan Solat
Suatu hari, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada
Baginda Rasulullah S.A.W lalu mengadu;
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah datang
ke dalam solatku sehingga membuatkan bacaanku salah.’Lalu, Rasulullah S.A.W pun
menjawab; ‘Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan
kehadirannya, maka ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah
S.W.T. Aku pun melakukan hal itu dan Allah S.W.T menghilangkan gangguan itu
dariku.”
Hadis Riwayat Muslim
Adapun, bagi menyempurnakan solat tersebut
disebabkan keterlupaan dan kelalaian, kita diajar untuk melaksanakan sujud
sahwi sebelum memberi salam bagi mengakhiri solat.
#5 – Tergesa-Gesa
Sikap tergesa-gesa adalah salah satu sikap syaitan.
Di dalam solat, kita hendaklah melaksanakannya dalam keadaan yang tenang.
Jika ibadah dilaksanakan dengan sambil lewa,
terkejar-kejar, dibimbangi ia akan menyebabkan solat yang didirikan itu menjadi
tidak sah. Maka, sia-sia sajalah rukuk dan sujud itu.
Rasulullah S.A.W memberi panduan solat seperti
sabdanya yang bermaksud;
“Apabila kamu solat, maka bertakbirlah lalu bacalah
dari Al-Quran yang mudah bagimu. Lalu, rukuk sehingga kamu benar-benar rukuk,
lalu bangkitlah dari rukuk sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian, sujudlah
sehingga kamu benar-benar sujud. Lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat
solatmu.”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
#6 – Melakukan Banyak Pergerakan
Sekejap toleh ke kiri, sekejap toleh ke kanan.
Menjenguk-jenguk imam di hadapan sudah duduk tahiyat atau belum.
Bahkan, ada yang lebih nakal mengusik pula rakan di
sebelah yang sedang khusyuk mendirikan solat.
Banyaknya pergerakan yang dilakukan bukanlah
pergerakan untuk bersolat tetapi ianya adalah salah satu bentuk gangguan dari
syaitan.
Hal seperti ini pernah ditanyakan oleh Aisyah R.A
kepada Rasulullah;
“Wahai Rasulullah, apakah hukum melihat-lihat ketika
di dalam solat?” Lalu, Baginda menjawab, “Itu adalah curian syaitan ke atas
solat seorang hamba.”
Hadis Riwayat
Bukhari
#7 – Tidak Sempurna Takbiratul Ihram
Ada juga dalam kalangan kita sering lupa dengan
bacaan niat yang betul ketika hendak mendirikan solat. Solat Maghrib tetapi
diniatkan solat Asar, niat solat Zohor dibaca pula untuk solat Isyak.
Itu antara contohnya sehinggakan Takbiratul Ihram
yang menjadi rukun utama dalam solat juga tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
Ini juga merupakan gangguan dari syaitan yang ingin
memesongkan hati kita daripada mendapatkan khusyuk dalam solat.
Begitulah antara bentuk-bentuk gangguan yang sering
dihadapi oleh sebahagian daripada kita ketika melaksanakan ibadah solat, tidak
kira solat fardhu mahupun sunat.
Justeru itu, bagi mengatasi hal ini kita disarankan
agar lebih berhati-hati dan berusaha sedaya upaya untuk melawan bisikan
tersebut.
Mudah-mudahan, ibadah yang dilaksanakan itu bukan
saja bagi memenuhi kewajipan kita sebagai seorang Muslim, akan tetapi membantu
kita untuk menjadi individu Muslim yang berjiwa rabbani. Sepertimana firman-Nya
yang bermaksud;
Keterangan Lanjut
“Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah.”
Moga bermanfaat. Wallahua’lam.
KONGSIKAN ARTIKEL INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku
walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan
artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai
yang akan mendapat manafaat.
Sumber; tazkirah.net
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "berikut adalah anatara gangguan yang dilakukan oleh iblis ketika solat. siapa yang pernah merasa sedemikian maka dia sedang diganggu iblis ketika solat"
Post a Comment