Doa Nabi Muhammad S.A.W Sembuhkan Bahagian Tubuh Yang Sakit. Sila Share Supaya Ramai Boleh Amalkan..



iklan responsive

Doa merupakan permohonan seorang hamba kepada Allah untuk memperoleh sesuatu yang dinginkan. Tidak bergantung pada takdie, manusia juga boleh berdoa untuk mendapatkan keturunan, jodoh hingga kesembuhan dari suatu penyakit.

Meski kini teknologi perubatan sudah berkembang pesat, namun orang tidak pernah meninggalkan doa untuk meminta kesembuhan. Mereka yakin, bahawa kekuatan doa mampu menyihatkan organ-organ yang sakit.

Terbukti hal ini juga kerap dilakukan Rasulullah SAW ketika keluarga atau sahabatnya sakit. Bacaan doa ini sangat sederhana dan boleh dipraktikkan ketika ada bahagian tubuh yang terasa tidak sihat. Berikut doa Nabi Muhammad untuk sembuhkan bahagian tubuh yang sakit.

Selain berusaha menyihatkan penyakit dengan bantuan doktor, kita juga harus menyertainya dengan meminta kesembuhan kepada Allah. Kerana sesungguhnya doktor dan ubat hanya perantara, sedangkan keputusan agar manusia boleh sembuh dari penyakit tersebut adalah keputusan Allah.

Nabi Muhammad SAW mengajarkan bagaimana doa yang harus dibaca ketika tubuh mengalami kesakitan. Misalnya kesakitan di bahagian dada (paru-paru dan jantung), kepala (sakit kepala atau migrain), sakit perut (gastrik/angin), dan sejenisnya, maka Rasulullah menganjurkan untuk membaca doa berikut ini:

“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru” (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)” (HR. Muslim).

Doa ini juga diajarkan Rasulullah kepada sahabat yang dijelaskan dalam Syarah Hisnul Muslim. Dikisahkan bahwa pada suatu hari seorang sahabat bernama Utsman bin Al Ash r.a datang kepada Rasulullah kerana merasa sakit dibahagian tubuhnya. Lalu Rasulullah mengajarkan doa dan cara tersebut.

Ia memerintahkan Utsman bin Al Ash meletakkan tangan pada tempat yang sakit, kemudian membaca bismillah sebanyak tiga kali dan membaca doa di atas sebanyak tujuh kali. Atas kehendak Allah, Utsman bin Al Ash sembuh dari penyakitnya.

“A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru”


Ertinya: Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khuatirkan.


ikalan saiz 250




iklan adnow

0 Response to "Doa Nabi Muhammad S.A.W Sembuhkan Bahagian Tubuh Yang Sakit. Sila Share Supaya Ramai Boleh Amalkan.."

Post a Comment

bh

loading...
'));

selection