iklan responsive
SEJARAH PENURUNAN AYAT KURSI
Ayat
ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh
beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan
dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan
mereka. Rasul Allah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis
serta menyebarkannya.
AMALAN
AYAT KURSI SELEPAS SOLAT
Sesiapa
yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,
setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,
InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia,
binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta
bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut
keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap
hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga
semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan
izin Allah. Sejarah ayat kursi, khasiat ayat kursi, manfaat ayat kursi, amalan
ayat kursi, pahala ayat kursi, cara mengamalkan ayat kursi
TERHINDAR
DARIPADA KEFAKIRAN
Syeikh
Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta
membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda
baginda lagi; “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.” Orang yang selalu membaca ayat Kursi
dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka
yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta
perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
TERHINDAR
DARI PENCURI
Pengamal
ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan
pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada
memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa
perjalanan Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh
menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika
anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.
ALLAH
MEMELIHARA KEHIDUPAN SESIAPA YANG MENGAMALKAN AYAT KURSI
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada
dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara
akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat
kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang
bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat
al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan
kepadanya.
gambar
hiasan
sumber:
tazkirahustazkazim
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Inilah Kekuatan Surah Kursi Yang Ramai Tak Tahu Syaitan Serta Iblis Cuak Dengar Ayat Ni "
Post a Comment